Monday, May 13, 2013

.....wang besar, wang besar

Sabtu lepas aku ke Aeon AU2, jalan-jalan cari Nescafé...hahaha.  Dan ini dia setting-nya kat Aeon hari tu.



Eh...tapi apa pula ni?
Sebelum ni tak pernah nampak pun.



Cuba...kita tengok dekat sikit.
Oooo...ala-ala Wheel of Fortune rupanya.



Dengan setiap belian yang ditetapkan, pembeli boleh memutarnya untuk dapatkan souvenir. Lima belas ringgit dapat putar sekali, duapuluhlima ringgit dua kali putar dan beli sampai tigapuluhlima ringgit dapat putar tiga kali.



Kira bagus sangat la tu sebab sebelum ni syaratnya macam yang kat bawah ni. Belian tigapuluhlima ringgit boleh dapat satu tray saja. Tapi kalau ikut style Wheel of Fortune ni, tigapuluhlima ringgit boleh dapat tiga kali putaran. Kalau tera, tiga kali putar boleh kena tiga tray, dah kira untung...hahaha.


Tak cukup dengan tu, bagi setiap belian produk Nestle yang mencecah limapuluh ringgit, Aeon bagi pula voucher lima ringgit. Aduuuh....racunnn. 


Brader Nestlé kata, "mari pilih...mari pilih, macam-macam produk ada, semua boleh kecuali susu baby dan makanan kucing...". Hmmm...



Settle bab Nescafé, aku ronda pula tingkat atas.
Eh...siapa pula tu?
Artis ka...?



Ooooo....Dato' Siti Nurhaliza.



Rupanya ada pelancaran produk terbaru beliau...


Sempat le brader-brader macho ni bergambar ye...


Oklah...souvenir Nescafé dapat, voucher Aeon dapat, Dato' Siti pun dapat (jumpa je...hehehe).
Bak kata pepatah,
"kill three birds with one stone".....hahaha.

3 comments:

Goh LinLin said...

waaahhh.... very berbaloi !

Kit_LiuBei_97 said...

kad berlipat tu... memang selalu kau dapat... nak masuk kotak juga ke!?

Memang bertuah kau terjumpa Dato' Siti :)

Spallan said...

Goh LinLin...yeahhh, sekali harung

Kit_LiuBei_97...memang bertuah :), kad berlipat dan segala yang seangkatan dengannya .....dah masuk kotak