Friday, May 17, 2013

...segantang serbuk kopi

Tray...sudah, coaster...sudah, fridge magnet...sudah, suratkhabar dan poster...sudah, kereta volkswagen punnn sudah, sampaikan breakfast free pun sudah di balun. Akhirnya, tibalah masa untuk mug ulangtahun Nescafé yang ke tujuhlima ini dipersembahkan.



Sewaktu mula-mula keluar hari tu aku tak terus angkat set ni. Sememangnya aku agak teruja nak membeli, tapi kena kawal sikit. Sengaja aku lengah-lengahkan pembelian... Kenapa ya?



Sebab yang pertama. Seperti mug-mug Nescafé yang dikeluarkan sebelum ni, ia akan berada agak lama di pasaran. Jadi, aku fikir tak payah le aku nak gelut beli awal-awal, lambat sikit pun takpa. Tak habis der semua mug-mug tu...hahaha.



Dan sebab yang kedua dan yang paling penting. Masa set ni mula keluar hari tu, harganya hampir mencecah duapuluhtujuh ringgit sekotak. Perghhh...ala-ala tak munasabah bagi aku (bagi aku le...). Dan berdasarkan pengalaman, sikit lagi mesti turun sampai dualpuluhsatu ringgit set ni dan terbukti, dah turun pun sekarang ni. Bukan apa, aku ni nak angkat tiga empat lima biji sekaligus jadi savings tu mau kasi maksimum la kan...betul tak?



 Maka inilah dia mug anniversary
Nescafé yang ke tujuhpululima.




Dan ini pula mugnya masa
ulangtahunnya yang ke tujuhpuluh.


...siap ada chop
tahun kelahiran kat bawah mug.


4 comments:

shootbirdhero said...

another great pick!

Goh LinLin said...

Very nice pics

Spallan said...

shootbirdhero...yezzza

Goh LinLin...tq

iaryylr said...

syabas Bro!