Pada bulan Mac yang lepas aku telah ke sini...
Kenapa? Haaa...untuk ini.
Bukannya untuk bersaing dalam acara trek, tapi...
...untuk menyahut panggilan Milo dalam program Milo Breakfast Movement.
Di mana Milo menitikberatkan pengambilan sarapan pagi agar menjadi lebih sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih berkesan dan berjaya.
Acara-acara untuk hari tu.
Terdapat berbagai seksyen di situ dan yang pertama adalah...
Yang mula-mula aku target yang ni dulu. Sarapan percuma...hahaha.
Sarapannya,
sandwich O'Briens dan Milo kotak.
Lepas dapat makanan, kenalah regsiter dengan Cik Amoi ni...
...bagi mendapatkan kad ini untuk menyertai acara-acara yang dijalankan.
Acara pertama,
Juara Sarapan.
Yang ni senang saja, cuma perlu berdiri di hadapan backdrop berlogo Milo tu...
...dan bergaya dengan piala Milo. Bergayalah apa style aksi sekali pun, takda hal.
Cik Amoi nanti akan ambil foto aksi kita tu dan masukkan dalam facebook Milo.
Seterusnya...
Di papan putih ini peserta perlu menulis sarapan kegemarannya. Waktu aku ambil gambar ni pagi lagi, masih putih bersih.
Bila dah tenghari sikit...
Acara seterusnya...
Peserta hanya perlu membaling bola ke dalam jaring bolakeranjang tu sebannyak tiga kali sebagai tanda menghapuskan mitos sarapan pagi.
Bila selesai,
dapatlah satu chop kat kad tadi tu.
Lepas tu, acara ni pula...
Peserta perlu menendang bola masuk ke dalam gol Betul/Salah tu.
Baca soalan pada skrin TV. Kalau rasa jawapannya betul, tendang bola ke gol Betul dan sebaliknya.
Bila siap,
dapatlah chop yang ke dua.
Acara seterusnya,
Juara Nutrisi.
Macam main video game, setiap benda yang jatuh tu perlu masuk ke dalam mug Milo. Tapi awas, jangan termasuk bahan bukan nutrisi. Tolak point...
Akhirnya lengkaplah tiga chop bagi semua acara aku dah kasi settled...
Sekarang tibalah masa untuk acara yang paling best. Ayuh ke kaunter penebusan...
Itu dia brader yang menjaga harta karun Milo. nampak happy je... aku pun happy juga, hahaha. Happy nak dapat souvenir.
Dan souvenir yang aku dapat adalah seperti yang di bawah tu. Boleh tahan banyak juga...
Tapi, masih banyak lagi kat rak dinding tu...
...dan banyak lagi kat lantai. Kalau lah boleh dapat extra....
Ini pula maskot Milo dah sampai.
Cik Amoi dan Mr Milo berposing setelah selesai acara senaman berirama.
4 comments:
wow! seronoknya! saya tak pergi sana. bulan ini ikut tak acara larian RM20 3 km dan rm30 Berkumpulan 7 km?... dapat medal kalau tamatkan larian yang 7 km dalam masa 1 jam 1.30, lepas daftar ,masuk dapat tshirt dan souvenir.. . saya tak tahu dapat pergi ke tidak tapi dapat tshirt pun jadilah....
layan je bro, janji dapat souvenir hahaha. pasal larian tu, ada juga terfikir nak join. tapi setakat join collect souvenir je la, bab lari tu dah tak larat kot hehehe. kalau tak silap esok last day untuk register. hmmm...
kalau lah dpt trofi ! ultimate. omg ...dia bagi Obriens ? Mahal tu ! Itu amoi mcm byk suka posing .
hahaha...memang ultimate la kalau dapat bawa balik trofi tu, champion milo. O'Briens? yup...tapi mana cukup, bagi la sebiji dua lagi (free that is), hahaha. Itu amoi, terpaksa posing, banyak kamera ambil gambar dia... :)
Post a Comment