Pastinya ada yang pernah baca majalah Bujal ni. Edisi yang aku ada ni adalah dari Januari 1985, itu pun dah bilangan 115. Agaknya, tahun berapakah isu pertamanya ya tak?
Aku memang minat betul baca Bujal ni dulu, tapi sayangnya satu ni saja yang tinggal dalam koleksi aku. Itu pun aku rasa yang ni adik aku punya ...hahaha. Sebab pada tahun 1985 aku dah pun di sekolah menengah dan dah mula membaca yang lebih berat sikit.
Antara kenangan yang aku ingat semasa membaca Bujal dulu...
...dengan Bujal lah kali pertama aku mengisi borang dan menghantarnya ke majalah.
Borang apa ya? Hahaha....borang AGEBU la, Aku Geng Bujal. Terasa macam best la pula kalau muka aku boleh masuk dalam majalah macam geng yang kat bawah tu. Boleh tayang kat kawan-kawan di sekolah.
Masa tu lah merasa dapat tulis alamat atas sampul surat, lekatkan setem limabelas sen dan pos. Seronok. First time la katakan. Tapi tak pula aku perasan bila gambar aku tersiar dalam Bujal ni. Mungkin terlalu ramai yang apply kot.....
No comments:
Post a Comment