Wednesday, May 22, 2013

...nak satuuu

Nak kata segan tu memang segan le, tapi....kalau nak jadi collector tak boleh le jadi penyegan...hahaha. Maka dalam kesibukan meraikan harijadi anak buah aku di sebuah restoran ayam goreng "sehingga menjilat jari", aku sempat dapatkan satu set "birthday gift" ni sebagai souvenir...



Boleh tahan juga...


...banyak betul isinya.


Boleh buat kapal lanun.


Ada Activity Pad...


...dengan macam-macam
yang boleh dibuat.



Ada set sticker.


Sijil pun ada.


Ada frame buat letak gambar tiup lilin.


Dan ada "permainan papan",
di mana dadunya perlu dibuat sendiri.


Set ini aku dapat kalau tak silap aku, tiga empat tahun yang lepas. Kedai ayam goreng ni pun dah tak wujud lagi pada lokasi  ini. Suatu masa dulu pada tapak yang sama adalah restoran White Castle yang amat terkenal dengan burger kenit empat seginya. Sayang seribu kali sayang, takda pula aku souvenir daripada White Castle ni. Terkini, tempat tu dah jadi kopitiam pula dan pernah cuba sekali bersama famili adik aku. Agak-agak, besok-besok kedai makan apa pula yang akan menggantikan kopitiam ni. Kita tunggu...

3 comments:

Kit_LiuBei_97 said...

Lebih baik bagi budak-budak je la haha... tapi nak jadi souvenir pun jadi juga...

Goh LinLin said...

Mesti dpt invite...mesti dpt invite...

iaryylr said...

Pizza Hunt pun ada juga, tapi yang KFC punya lagi best nampaknya :)