Thursday, September 26, 2013

Ooooo...kuda ku lari gagah berani

Pada rakaman sebuah konsert Datuk Sharifah Aini, sempat juga aku berjumpa dengan biduanita negara tu. Seperti biasa la, nak minta autograf. Jadi, bila dah berdepan dengannya aku pun hulur le empat album ni, mohon jika sudi di-autograf-kan (berdebar juga kot-kot Datuk nak reject dan tak nak sain). Sambil melemparkan senyuman manis beliau berkata "wow, I look so young". Hehehe...selamaaat aku. Walau bagaimana pun, kesemua album yang aku bawa tu tak le disain pada masa tu juga, tapi di bawa balik dan bila siap disain nanti P.A.nya akan call aku. Aku OK saja. Tunggu punya tunggu akhirnya.....terimalah album-album yang siap di-autograf oleh Kak Pah The Legend.