Rasanya macam baru saja aku pergi ke Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia hari tu, tapi pada tujuhbelas september lepas, sekali lagi aku terpanggil untuk singgah dan beratur beramai-ramai lagi di situ.
Kali ini untuk dapatkan
Syiling Peringatan Perayaan Hari Malaysia yang ke-50.
Terdapat tiga jenis syiling yang dikeluarkan iaitu, emas pruf, perak berwarna pruf dan emas nordic.
Aku hanya nakkan yang emas nordic saja. Bagi collector tegar, ramai yang dapatkan syiling pruf emas dan perak.
Ok, memandangkan sebelum ini aku datang seawal sembilan pagi dan terpaksa beratur lebih dua jam, aku ingat, kali ni aku datang lambat sikitlah, untung-untung tak payah beratur lama. Jadi aku pun sampailah galeri dalam pukul duabelas tengahari.
Humpphhh, sangkaan aku meleset samasekali. Memang le bila aku sampai boleh terus beratur di dalam ruang legar bangunan, tak perlu beratur sehingga ke luar, tapi masa yang diambil untuk aku beratur tu sikit lebihkurang sama macam hari tu juga. Dekat dua jam juga le aku kena berdiri...hahaha.
Sedang dok beratur tu datanglah brader bertugas memberitahu yang set tiga-dalam-satu dan set dua-dalam-satu sudah habis dijual, yang tinggal cuma syiling emas dan perak (single) dan emas nordic. Ada collector yang terus balik bila mendengarkan pengumuman tu. Dalam hati aku, emas nordic keluar duapuluhlima ribu keping, takkan boleh habis kot.....
Masa beratur tu jugalah, macam-macam rungutan collector tegar yang aku dengar. Rata-rata dok mengeluh yang depa tak tahu yang syiling peringatan tu keluar hari tu. Depa ingat keluar enambelas haribulan, tapi masa enambelas haribulan takda apa-apa pun, ingatkan tak jadi.
Kiranya, yang datang hari tu ada yang tak sempat ambil cuti, ada yang lambat sampai dan macam-macam lagi. Patut le aku tengok ada uncle tu, hari tu jauh ke depan dari tempat aku beratur tapi kali ni dia boleh belakang dari aku lagi. Hmmm...
Lepas dua jam berdiri, akhirnya aku dah sampai ke escalator untuk naik ke atas. Yezzza, naik atas, sampai ke kaunter, beli dan boleh balik. Tapi..., belum sempat aku pijak tangga letrik tu, datang lagi brader bertugas. Dia kata..."emas nordic dah habis, emas nordic dah habis ya...".
Terkedu aku disitu. HABIS??? Aduh....macamana boleh jadi macam ni? Macam tak percaya pun ada. Terus rasa menyesal pula sebab datang lambat, lagi menyesal mengenangkan dah berdiri lebih dua jam...habuk pun tarak. Finito...yeelek...wes entek....entik resik, aduhhhh. Nak puaskan hati, bila tiba giliran, aku naik juga la ke atas. Tanya sendiri kat kaunter tu kot-kot ada spare, bila confirm habis, aku pun turun dengan hati gundah gulana...
Kat luar, aku ngendeng le brader-brader yang dah beli. Kecek punye kecek, dapat le aku beli satu set emas nordic ni, bukan dua-dalam-satu tapi harga untuk dua tapi dapatnya satu......jadi laaa.
3 comments:
saya semalam dok q panjang masa nak beli 1st day cover setem...alhamdulillah dapat walaupun kena tabah menunggu
There were 2 collectors in Penang who spent $10,000 each. Must b traders yes ?
Ann Ishak
...mesti rasa puas bila dapat, rasa syoknya lain macam...hahaha, syabas.
Goh LinLin
...yeah I read about them too in The Star. has to be either one, hardcore collectors or traders. but one good thing, BNM imposes a limit to the quantity allowed for purchase. jadi, tak boleh la beli sesuka hati...hahaha, setiap jenis ada hadnya :)
Post a Comment