Tuesday, September 10, 2013

.....besaaar punyer

Ini dia keluaran terbaru daripada Maggi, Maggi Big Kari yang dutanya adalah pelakon sukaramai masa kini iaitu Aaron Aziz. Mee Maggi ni dipanggil Big sebab saiznya yang sememangnya lebih besar dari peket Maggi biasa, dan di dalam bungkusan bawah ni ada lima geng besar tu.



Yang lagi teranya, aku bukannya beli sebungkus Maggi besar tu tapi dua. Yaaaa...duaaaa, kiranya ada sepuluh peket le dalam tu. Hahaha, bila la nak habis.....


Tapi...biasalah, tak kan saja-saja beli dua kan? Mesti ada muslihatnya ya tak? Haaaaa, inilah dia sebabnya...


...dapat mangkuk besaaar Maggi.


Memang besar le, setakat nak bubuh dua peket Maggi saiz standard memang takda hal.


Di bawah mangkuk siap ada logo Nestlé.
Ori beb.....haha.


Ok, nak try dulu Maggi ni.....adios.


6 comments:

shootbirdhero said...

Great pick bro. Mana bro dapat mangkuk besar ini? Kena beli 2 pek?

Goh LinLin said...

Cantiknyer angle, compostion n photo u..eeee..u boleh jadi produk photographer tau ?

Iaryylr yylriar said...

Syabas Bro, saya yang tak dapat lagi, sini 3 pasaraya besar hijau kuning dah pegi, belum ada lagi :). sangat cun!, bekas sos kecik yang keluar macam sama tak serupa tu pun tangguh2 la ni habis :) .

Spallan said...

shootbirdhero
...dapat dari Giant bro, tapi rasanya weekend baru ada sebab ada promoter sekali. syarat sebenar kena beli RM12 ke atas produk mee maggi(termasuk satu pek Maggi Big Kari), tapi hari tu dia bagi pula kalau beli dua Maggi Big kari. :)

Goh LinLin
...alaaaa, biasa-biasa je (hehehe)

Iaryylr yylriar
...ni baru saja keluar bro, sikit lagi sampai la tu bro. tapi, memang berbaloi bro, besar gedabak mangkuk ni.

nikths said...

econsave dah keluar tp belum beli lagi sebab pergi shopping dengan anak2.Isteri tak suka anak2 makan maggi,anak2 pula memang pantang ada nak je.Nampak gaya kena beli sorok2 buat bekalan ditempat kerja.

Spallan said...

takpa bro nikths, yang penting dapat mangkuk tu...hehehe