Wednesday, March 24, 2010

Dah selamat ka nak mandi laut...

Sewaktu kecil dulu Ayah aku ada bawa aku dan adik aku pi tengok wayang mengenai seekor jerung yang suka makan orang. Tajuk cerita tu ialah Jaws2. Dengan menggunakan teknik animatronics yang disalutkan dengan badan yang diperbuat daripada getah, bagi kanak-kanak yang berumur baru sedigit, Si Jaws ni memang nampak real, tengok la dari angle mana pun, hehe. Bila dia dah start tokak orang, aduuhh seram beb, dan tiap kali jerung tu nak muncul, keluar le lagu tema dia, dum dum dum dum dum dum dum…. Ok, set trading cards Jaws2 ni pula telah dikeluarkan pada tahun 1978 oleh syarikat Topps. Complete 59 keping kad dan stickernya sekali. Oh ya, tagline famous cerita ni "Just when you thought it was safe to go back in the water...".














No comments: