Monday, January 3, 2011

Posting Pertama, Hari Ketiga...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
.
Bagi memulakan tahun yang baru ini, sesuai sangatlah rasanya kalau dimulakan dengan menengok kalendar. Ahaaa bukan kalendar dua ribu sebelas tapi kalendar tahun dua ribu, sewaktu dunia nak mula memasuki alaf baru atau pun "the new millennium".
.
Ini merupakan kalendar mengenai Lembaran Sejarah Gemilang negara kita yang aku perolehi satu masa dahulu, siap dengan foldernya sekali. Didalamnya terkandung lukisan hasil karya Ismail Embong yang menghiasai setiap bulan pada kalendar. Bagi aku lukisan-lukisan ini adalah amat menarik sekali kerana setiap lukisan mempunyai cerita tersendiri dan melambangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dari mula negara kita hendak memperoleh kemerdekaan, pencapaian yang telah dikecapi sehinggalah ke persediaannya menghadapi alaf baru dengan seribu satu cabaran. Disamping itu juga, satu lagi yang menarik ialah ada juga dipaparkan gambar pemerintah-pemerintah tercinta dari setiap negeri, yang masih ada dan yang yang telah pergi.....




















2 comments:

iaryylr said...

Selamat Tahun Baru!

Bro, dah agak mesti keluar entri kalendar punya sempena tahun baru ini, tapi tak sangka kalendar yang cun dan bersejarah ini yang keluar, memang eksklusif extravaganza!.

Tentu banyak dapat kalendar free tahun ini kan?

Teruskan Usaha Bro!

Spallan said...

Yeaaahhh, Selamat Tahun Baru Bro. Kalendar free ada dua tiga biji, tapi kalendar yang kasi kupon boleh claim barang free lagi syoh....hihihi (kalendar Subway, beli satu sandwich dapat satu free)