Wednesday, January 19, 2011

Siapa Adam West...?

Batman adalah sebuah karakter fiksyen rekaan Bob Kane. Pertama kali muncul dalam komik Detective Comics #27 pada tahun 1939, komik tersebut sekarang dianggarkan bernilai lebihkurang USD1juta. Oleh kerana kemasyhuran karakter ini juga, sebuah siri televisyen Batman telah ditayangkan pada tahun sembilanbelas enampuluhan. Berlangsung selama tiga musim, siri ini telah dijayakan oleh Adam West sebagai Batman dan Burt Ward sebagai Robin.
.
Kad set ini pula telah dikeluarkan oleh Topps pada tahun 1966. Set yang dikenali sebagai "Batman Orange Backs" (kerana belakangnya yang berwarna oren) dan juga sebagai "Black Bats" (kerana logo Batman-nya yang berwarna hitam), set ini memaparkan imej "hand-painted" oleh artis-artis terpilih era enampuluhan. Terdapat limapuluhlima keping kad kesemuanya dalam set ini.
.
Disamping usia set ini yang hampir mencecah empatpuluhlima tahun, yang membuat set ini agak istimewa bagi aku adalah kad pertama dalam set ini (bawah). Kad sekeping ni aku bawa elok-elok dalam poket dan berjumpa dengan Adam West sewaktu dia buat "signing" bukunya yang bertajuk "Back To The Batcave, My Story...Adam West". Disamping menyain buku, aku minta sain sekali kad ni. Seronok betul orang tua tu bila tengok kad ni, apa taknya dialah Batman yang dalam kad tu...
.







No comments: