Friday, January 28, 2011

Batman era perak...?

Ini pula adalah box-set The Silver Age II. Anda mungkin bertanya, apa itu Silver Age? Ok, dunia komik ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa peringkat atau zaman. Ada zaman keemasan (golden age), zaman perak (silver age), zaman tembaga (bronze age) dan zaman moden (modern age). Zaman-zaman ini semua terbahagi mengikut evolusi penerbitan komik di mana zaman keemasan adalah komik-komik yang telah diterbitkan sejak tahun 1930an sehingga ke awal 1950an. Zaman perak pula dikatakan dari tahun 1956 sehingga 1970. Bagi zaman tembaga pula, ia adalah dari tahun 1970 sehingga 1985. Dan yang akhir sekali iaitu zaman moden adalah komik-komik yang telah diterbitkan selepas 1985 sehinggalah sekarang ini.

.

Jadi, bagi set Batmobile dan Jokermobile ini, kedua-duanya merupakan kenderaan yang telah digunakan oleh Batman dan Joker dalam siri komik dari tahun penerbitan 1950an. Box-set replika kereta ini telah dikeluarkan oleh Corgi, termasuklah figurine batman yang kenit itu. Dibungkus rapi dalam kotak ala baldu, set ini didatangkan lengkap dengan sijil dan nombor siri terhadnya.









No comments: