Friday, January 21, 2011

Batman Selamanya...

Tahun 1995 menyaksikan filem Batman ketiga yang berjudul Batman Forever. Bagi filem ini, watak Batman dibawa oleh Val Kilmer dan bukan lagi Michael Keaton. Selain itu, dalam filem kali ini Batman dah ada side-kicknya iaitu Robin (lakonan Chris O'Donnell) dan juga sedikit bantuan dari Dr. Chase Meridien (Nicole Kidman). Geng super-villainnya pula terdiri daripada Two-Face (lakonan Tommy Lee Jones) dan Riddler (oleh Jim Carrey).
.
Seperti biasa, tak sahlah kalau untuk filem Batman ni takda set trading cards-nya sendiri. Maka untuk filem ini syarikat Fleer telah mengeluarkan dua versi kad. Versi pertama yang diberi nama Fleer "Ultra" diedarkan oleh kedai-kedai hobi khas untuk direct market dan versi kedua, iaitu versi Fleer diedarkan oleh kedai-kedai biasa atau mass market retail stores. Perbezaan diantara kedua-dua versi ini, set "Ultra" menggunakan silver foil-stamping dan mempunyai logo "Fleer '95 Ultra" sedangkan set biasa hanya menggunakan silver ink dan mempunyai logo "Fleer 1995" disamping tidak mempunyai sebarang chase cards pun.
.
Dibawah ini adalah kad promo bagi Batman Forever Fleer '95 Ultra. Bahagian depan merupakan imej dari empat kad "un-cut", karakter utama filem ini dan dibahagian belakang pula sedikit info mengenai set kad yang bakal dikeluarkan.


.
Ini pula adalah pek kad
Batman Forever Fleer '95 Ultra.
.

Set trading cards Batman Forever Fleer '95 Ultra yang terdiri daripada seratus duapuluh keping kad...















Kad promo dibawah ini pula adalah bagi set kad Batman Forever yang juga adalah keluaran Fleer. Dinamakan set Batman Forever Metal, set ini menggunakan teknik foil pada keseluruhan kad (dalam set ini). Ini memberikan efek kad kelihatan berkilat dan merlip seperti diperbuat daripada besi...


...pek bungkusannya


set lengkap mengandungi seratus keping kad kesemuanya


No comments: