Dua Batmobile sejoli yang masih dalam kotak. Aku beli ni dulu sewaktu bercuti di negara Blurguyz79 pada tahun sembilanpuluhan. Masa lalu kat rak tempat di display, tarikannya begitu kuat sekali, macam nak angkat dua tiga kotak pun ada. Tapi takut juga, nanti ada yang kena balik jalan kaki kat tambak, barang untuk orang rumah jangan sampai miss...hehehe. Ok, pada kotak ada tertampal sticker bulat bertulis "Multiple-Piece Vehicle Made from 1st Tool". Tak pasti pula maksud sebenarnya tapi firasat berkata, mungkin model ini dibikin dengan perlatan "first round", sebelum peralatan itu diganti bagi menjalankan pembikinan round kedua, agak akulah. Macam buku-buku, ada first print, second print dan sebagainya.... Kiranya yang ni adalah diantara model-model terawal dibikin.
.
Terdapat juga pada kotak angka 1/15000. Ini mungkin bermaksud keluaran ini terhad kepada limabelasribu unit sahaja dan angka satu itu menunjukkan yang set ini adalah salah satu daripadanya (dan bukannya unit pertama dari set ini, tapi best juga kalau yang ni unit no.1, boleh up sikit...).
.
Didalam kotak terdapat dua Batmobile, satu daripada filem Batman Forever dan Batmobile yang satu lagi daripada filem Batman & Robin...
No comments:
Post a Comment