Wednesday, October 27, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt1

Dua minggu lepas, dalam dok pikir mana nak pi sempena anniversary ni, tup-tup terjumpa iklan Hard Rock Cafe, Rock For The Cure. Sebuah mini concert anjuran Hard Rock Cafe Penang sempena bulan oktobernya yang lebih dikenali sebagai Pinktober. Pinktober ni diadakan setiap tahun sempena program Breast Cancer Research Awareness. Kiranya berkonsert sambil beramal le ni.
.
Seperti yang aku pernah cerita dalam posting terdahulu, wife aku ni memang fan Faizal Tahir jadi kira ok la kalau nak bawa pi tengok mini concert ni (jangan lupa, sambil beramal...). Tapi, bagi aku pula yang tambah stim mini concert ni sebab ada Man Kidal & Lefthanded. Aduh, bila lagi nak tengok legend perform dengan jarak satu kaki je dengan kita. Musti pergi, musti pergi...
.
Jadi, pada Ahad 24 Oktober jam 1:50tgh kami pun dah terpacak kat entrance HRC (sampai tengahari sikit pasai singgah Lokain dulu ondaweh). Dan ni lah dia tiketnya. Melepas ayaq jus pasai nak simpan tiket...



Band yang memulakan show adalah kumpulan Dead Mushroom. Kenapa nama dia macam tu aku tak tahu tapi yang pastinya performance dia boleh tahan. Main lagu sendiri ada, lagu cover pun ada. Yang aku ingat lagu dia yang bertajuk Terima Kasih yang akan dimuatkan didalam album terbarunya...








Bila nak habih show diorang ni, tiba-tiba ada announcement "ahli-ahli Dead Mushroom diminta tunggu sebentar diatas stage, ada surprise...". Lepas tu kedengaran bunyi kuali diketuk, keletang, keletung. Rupa-rupanya ada surprise birthday cake untuk Rashidi Ishak, gitaris Dead Mushroom. Ooooh, yang ke berapa ya...


5 comments:

frightrice said...

Shidi Dead Mushroom sama study dgn aku kat Limkokwing, aku rasa dia ni 38 kot sebab aku ingat dia lebih tua dari aku walaupun masa tu dia junior kat college. Masa tu diaorg grunge, Seattle influence. Aku masa tu pulak punk rawk, California influence :) Punyelah perasan kitaorg masa tu, semua nak obersea influence, hahaha.

Spallan said...

ohooo, gitu kisahnya. aku pula rockers saja, bila laju metallica bila slow scorpions, hehehe sam-sama la kita jadi geng obersea...

birudamai said...

Salam Tuan.
Vocalist dorang tu senior aku masa kat E.D.I Tmn Melawati ambk Interior Design.Tak sangka aku Dead Mushroom ni masih bertahan & tak dead lagi he he he Tahniah utk dorang suma!

Spallan said...

...gitaris dari LKW, vocalist dari EDI, geng seni rupanya diorang ni. Kiranya dah lama juga group Dead Mushroom ni.Masih lagi alive and kickin'. Syabazzz

amALIVE said...

Dead Mushroom ROCKS!! \m/