Sunday, October 10, 2010

Panda Berkungfu

Kung Fu Panda adalah sebuah filem animasi terbitan DreamWorks Animation. Mula ditayangkan pada tahun 2008, ia mendapat sambutan begitu hangat sekali dan memperoleh kutipan berjuta-juta dollar. Filem sekuelnya pula dikatakan dalam proses dan dijangkakan akan menemui peminat pada tahun 2011. Diantara suara artis yang digunakan dalam filem ini adalah suara Jack Black, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, Jackie Chan dan Lucy Liu.
.
Sedikit sebanyak ceritanya adalah megenai seekor panda bernama Po yang bercita-cita hendak menjadi kung fu master, walau pun hakikatnya dia ni takda skill kung fu sangat. Walau bagaimana pun berkat usaha gigihnya (dicampur elemen-elemen misteri dan kelakar), akhirnya dia jadi tera juga dan berjaya mengalahkan geng jahat. Sempena filem animasi kung fu ala retro ni, Mattel telah mengeluarkan satu set figures seperti kat bawah ni. Maka sempatlah aku meng-collect setnya termasuklah set Battle Palace...
























No comments: