Saturday, October 2, 2010

Milo free...

Aku masih ingat lagi, sewaktu kecil dulu bila dapat minum milo free. Bila nampak lori milo datang, jiwa dah bergelora, "ini mesti dapat minum free nih...". Entah macamana milo yang diminum ni sedap dia lain macam sikit. Bila balik rumah minta mak buatkan mesti tak sama, tak sampai pula ke tahap kesedapan seperti yang lori milo bagi.... hehehe, dulu punya cerita.
.
Ok, ini adalah paper cup milo, bukan yang lori milo bagi dulu tapi yang baru dapat kat pasaraya, dah ada protomalt pun di dalamnya. Jarang-jarang milo buat promosi tapi bila dia buat, aku memang tak lepaskan peluang untuk minum. Minum free tu satu hal tapi yang penting boleh rasa balik milo seperti yang lori milo tu bagi, cukup manis, cukup sejuk, aaaah very nostalgic...



1 comment:

-zuh@ili- said...

tu pasal bro,milo yg lori sdap dia mmg payah nak rasa kalo bancuh sendiri....lama tak minum da,haha