Tuesday, October 19, 2010

LOST

Lost adalah sebuah siri televisyen yang mula ditayangkan pada tahun 2004. Ia mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia yang terselamat dari nahas kapalterbang (penerbangan Oceanic 815) yang terhempas di sebuah pulau misteri. Berlangsung sehingga ke musim ke enam, setiap episod sentiasa menawarkan penonton dengan penceritaan yang penuh misteri dan kemusykilan hingga menyebabkan si penonton tidak sabar ingin tahu apakah yang akan berlaku seterusnya. Wow, promote habis cerita ni nampaknya…hehehe.

.

Oklah, disebabkan terlalu layannn siri ni, aku pun terbelilah barangan dari siri tv ni. Maka inilah dia Lost: The Hatch, siap dengan suis yang boleh on-kan lampu untuk tengok apa ada di dalam... Menurut ceritanya, The Hatch ini sebenarnya adalah pintu masuk ke stesyen #3 Dharma Initiative (sebuah badan yang menjalankan kajian sains). Punyalah susah untuk dibuka, sampai diorang ni gunakan dynamite untuk letupkan pintu atau hatch ni. Sebelum diletupkan, pada hatch tu ada tertera nombor 4 8 15 16 23 42. Nak jadi cerita, Hurley (si badan basar dan berseluar stripe dalam gambar) sebelum tiba ke pulau misteri ni, telah memenangi jackpot loteri dengan nombor yang sama. Kiranya macam-macam kejadian pelik yang saling berkait lagi terselit sering berlaku dalam siri ni. Jadi takpalah, sebelum nanti aku pun jadi confused (baru tengok sampai musim ke lima, satu musim lagi to go…), kita layan dulu posting kali ni…



















5 comments:

frightrice said...

Coming Soon! http://www.amctv.com/originals/The-Walking-Dead/

iaryylr said...

bro, cantik set nie.. syabas!

Spallan said...

bro frightrice, macam menarik siri tu, agak bila sampai sini

bro iaryylr, tq bro, boleh layan juga set ni, tu yang dok ambil gambar macam=macam angle dan setting...

frightrice said...

Rasanya 31st Oct ni kita boleh tengok kat Fox Channel. Kalau takde channel tu, satu lagi option kat YouTube la :)

Spallan said...

thanks for the info bro frightrice, musti adjust nih...