Sunday, October 3, 2010

AVP

Filem aliens yang pertama telah ditayangkan pada tahun 1979 (Alien). Masa tu aku kecik lagi jadi tak dapatlah tengok kat panggung wayang. Masih ingat lagi posternya yang berwarna hitam dengan hanya gambar sebiji telur alien... Filemnya yang kedua pula keluar pada tahun 1986 (Aliens), yang ni sempat lah, dah besar sikit. Filem predator pula, pertama kali ia ditayangkan adalah pada tahun 1987. Menarik juga filem lakonan Gabenor California (Arnold Schwarzenegger) ni berlawan dengan makhluk predator, full action dan mendebarkan.
.
Ok, mengikut sejarahnya, pada tahun 1989, sebuah syarikat komik bernama Dark Horse Comics telah menerbitkan komik Aliens versus Predator. Siri komik ini telah berjaya menangkap minat pembaca begitu hebat sekali sehingga lahir beberapa tajuk yang lain. Memandangkan populariti siri komik itu amat memberangsangkan, ia telah diadaptasikan menjadi sebuah filem penuh aksi dan diterbitkan pada tahun 2004 dengan tajuk yang sama, Alien vs Predator (AVP).
.
Set trading cards ini telah dikeluarkan oleh Topps pada tahun 1995, sebelum movie AVP dikeluarkan. Ia memaparkan imej kedua-dua karakter utama dari siri ini yang telah dilukis oleh artis-artis terkenal seperti John Bolton, Dave Dorman, Mike Mignola dan lain-lain lagi. Ada yang khas buat set ini dan ada yang diambil dari siri komiknya...










kad promo yang dikeluarkan sempena set ini

2 comments:

afzarizal said...

huhu this 1 is my fav character.nice collection bro

Spallan said...

tq bro afzarizal, memang best karakter nih.