Wednesday, October 27, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt2

Selesai saja Dead Mushroom punya performance, tibalah giliran superhero ni beraksi. Seperti yang dijangkakan, performance Faizal Tahir dan geng dia memang superb. Cuma, hehehe ada cuma la pula ya. Ok, cuma kali ni shownya berbeza sikit daripada mini concertnya yang terdahulu. Genervie Kam yang biasanya hebat dengan violin letriknya kali ni bermain keyboard. Adiknya (ka abang, tak pasti...) Arthur Kam yang bermain drums telah digantikan dengan seorang pemain baru. Sorry tak sempat tangkap nama dia. Yang lain macam biasa la cuma (cuma lagi...), performance petang tu banyak guna gitar tong, hehehe akoustik. Tapi, terbaikkk...









Adik ini telah diajak ke pentas oleh Faizal Tahir dan diperkenalkan sebagai "the next best thing to come into the music industry". Kiranya Faizal Tahir telah agak terpegun dan tak terkata bila melihat adik kecil ni boleh perform dengan hebatanya, memandangkan usianya yang sangat muda. Jadi adik ini telah di-introduce kepada umum oleh Faizal Tahir agar kita semua watch-out akan kemunculannya satu hari nanti. Bila di tanya siapakah idolanya, dia menjawab Arthur Kam...



...mari menyanyi bersama Faizal Tahir



goreng baikkk punyer




Selepas last song ni (gambar bawah), Faizal Tahir pun membuka baju Superman-nya dan dilemparkan ke audience. Baju tu terbang betul-betul sebelah aku. Tangan dah tergerak nak menggapai baju terbang tu tapi apakan daya, sempat teringat tali kamera yang ada dipergelangan tangan. Takut nanti aku buat sarkis pergi tangkap baju tu, kamera aku pula yang terbang. Haaaiii, dah nasib. Takpalah, lain kali kita cuba lagi....


3 comments:

Unknown said...

wah3x...besh jgk kalo dpt bj Superman tuu yerrrr....:P

Blues Riders said...

teringat zaman muda2 dulu bro.. tengah dok draft, nanti bolehlah dikisahkan...

Spallan said...

cikpuding, memang sesanagt le kalau dapat baju free...hihihi

bro BR, kisah anda saya nantikan...