Thursday, October 28, 2010

Dead Mushroom, Faizal Tahir dan Man Kidal pt4

Selesai saja mini concert, semua yang dok kerumun depan stage pun mula beredar. Cuma aku saja yang tinggal berdiri kat depan tu. Hehehe, aku bukannya tunggu Man Kidal buka baju dan baling kat peminat. Aku cuma lepak sat nak tengok musical gadgets diorang ni. Bila dah tinggal crew saja kat situ, aku terpandang kat satu brader ni tengah dok angkat Fender Strat Man Kidal. Maka aku telah dengan selambanya menyapa brader tu dan minta permission untuk pegang dan bergambar dengan gitar Strat tu. Bila brader tu kata ok saja apa lagi, sepantas kilat la aku beraksi sekejap. Maaflah gambaq ni aku tak dapat nak post atas sebab-sebab hakcipta yang sangat dipelihara.....
.
Di luar hard rock pula di pamirkan patung-patung Celebriducks berwajah Man Kidal. Celebriducks adalah sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan collectible gifts berupa rubber ducks yang mengambil wajah-wajah ahli-ahli sukan yang hebat, celebriti atau artis-artis yang masyhur dan yang seumpama dengannya. Senang cerita hanya yang famous saja dipilih untuk menjadi Celebriducks ni, dan Man Kidal adalah salah seorang daripadanya. Dan inilah dia...




Kira tak sah la kalau aku pi jauh-jauh nak tengok Man Kidal perform dan lepas tu tak minta autograf dia betul tak. Jadi, bila aku nampak saja dia keluar (tengah dukung cucu beb...), aku pun panggil la dia sat untuk sessi autograf dan bergambar. Dia pun dengan senang hati melayan karenah aku dan sain semua barang yang aku bawa, begitu juga dengan Yan dan Man Dayak. Semua kasi sain dan bergambar. Thanks guys, terbaikkk...



Dan inilah dia hasil autograf hari tu...












No comments: