Friday, April 30, 2010

Encik Kent Beraksi

Ini adalah Limited Edition Art Portfolio: Superman Better Than Ever. Ia mengandungi lapan keping poster berkualiti yang berukuran 11"x14" yang amat sesuai untuk diframekan...










Thursday, April 29, 2010

Encik Kent...lagi?

Haaa, set kad ala besi ni pula namanya Superman: The Man of Steel (Platinum Series). Designnya agak berlainan dari kad-kad biasa disebabkan saiznya yang lebih panjang. Kalau mendatar boleh dipanggil Letter-Box Edition tapi kalau dah meninggi macam ni tak pasti pula apa nak dipanggil, poster-size edition kot….

*

Set serba cantik yang dihiasi painting art Superman ini telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1994 dan ia mengandungi 90 kad semuanya, termasuk checklist. Chase cardnya pula (memang susah nak dapat), diberi nama Bonus Silver/Gold Cards: Forged In Steel, dan aku hanya berjaya dapat satu saja. Bersama dengan set ini dikeluarkan juga album khas ala-ala besi siap dengan skru-skrunya…



















Ni la satu chase card yang aku dapat...
(Bonus Silver Card: Forged in Steel)



Album trading cards
Superman: The Man of Steel Platinum Series



Wednesday, April 28, 2010

Pengganti Encik Kent...?

Dynamic Forces adalah sebuah syarikat kat US yang menerbitkan pelbagai barangan berkaitan dunia komik yang limited edition, barangan memorabilia yang berautograf, lithographs dan bermacam-macam lagi, pendek kata, barangan yang menjadi kegemaran “collector”. Ini adalah salah satu produk dari kompeni ni, Superman Promo Card dari siri Bloodlines yang dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993. Kad promo macam ni biasanya akan dikeluarkan beberapa bulan sebelum kad set yang sebenar dikeluarkan, sebagai pemberitahu kepada dunia akan kelahiran satu set yang baru tak lama lagi (beli, jangan tak beli…).

*

Biasanya kad promo ni diberikan secara percuma, tapi biasa la, benda yang dapat free ni kadang-kadang orang simpan, kadang-kadang buat tak endah je dan tak kurang juga yang terus ambil first-class ticket ke tong. Jadi, bila benda free ni dah banyak yang pupus, dan yang tinggal hanya beberapa keping, mula la kita nampak perkataan-perkataan seperti “scarce”, “hard-to-find”, “very limited”, “once-in-a-lifetime” dan yang paling masyhur “rare”. Atas dasar itu, Dynamic Forces (mungkin) telah memilih kad promo Superman ni dan telah meminta jasa baik pelukisnya iaitu Denis Rodier meletakkan tandatangannya pada kad tersebut. Sebagai bukti kesahihan item collectable ni disertakan juga sekeping sijil pengesahan (Certficate of Authenticity) dan diberikan nombor siri edisi terhad seperti kat bawah ni iaitu 658 daripada 1993 yang dikeluarkan.

*

Oh, lupa nak habaq…. Kad ini memaparkan imej empat orang Superman baru yang muncul setelah kematian Superman yang sebenar. Keempat-empat ni mucul al-kisahnya untuk menggantikan atau mengisi kekosongan akibat pemergian sang Superman. Hmmm……





*
*

Yang di bawah ini juga adalah barangan promo (SkyBox 1993). Lima discs yang mana empat daripadanya memaparkan wajah “superman” yang baru. Cara bermain? Ni yang tertulis pada kad…

*

“To play the game, which originated in Hawaii with the collectible milk cover craze, punch out the Superman SkyCaps, join your friends, and place all the players’ SkyCaps art-side-up in a stack. The first player, using the DC SkyCaps Slammer, strikes the top of the stack, trying to flip over as many SkyCaps as possible. Any SkyCaps knocked off the stack and landing blank-side-up are picked up and kept by the player. SkyCaps landing art-side-up are restacked for the next player to take a turn with the Slammer. Continue taking turns until there are no SkyCaps left to stack - - then start over!”

*

….boleh dimainkan dengan Pogs Coca-cola (posting terdahulu)

*

Tuesday, April 27, 2010

Encik Kent Kembali...

Ini adalah box set trading cards The Return of Superman yang dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993. Jarang juga DC Comics keluarkan box set trading cards macam ni so time tu, tanpa segan silu aku pun balun la dua set. Hasrat di hati mau simpan satu dan satu lagi sebagai “investment” (kononnya), last-last dua-dua juga masuk kotak…


Ok, kelebihan membeli box set, dengan sekelip mata kita dah dapat complete set trading cards untuk siri ni, disamping memperoleh beberapa ganjaran lain seperti special cards yang datang hanya dengan box set, nombor bersiri edisi terhad dan special untuk set The Return of Superman ini, disertakan album khas dwi-cover (depan dan belakang) bagi menyimpan dan display kad-kad set ini. Terdapat 100 kad yang memaparkan imej dari komi-komik Superman yang meneruskan kesinambungan siri cerita Death of Superman dan Funeral For a Friend, hingga ke The Reign of the Supermen dan berakhir dengan The Return of Superman.








Monday, April 26, 2010

Encik Kent dan Cik Lois

Sebelum munculnya siri TV popular Smallville yang ada sekarang ni, pada awal tahun 90an dulu telah wujud siri Lois & Clark: The New Adventures of Superman yang dilakonkan oleh Dean Cain sebagai Clark/Superman (yang kemudiannya menjadi hos rancangan Ripley’s Believe It or Not) dan Teri Hetcher sebagai Lois (yang sekarang masyhur dengan siri TV Desperate Housewives). Berlangsung selama empat musim (1993-1997), siri ini mengisahkan perhubungan diantara Clark Kent dengan Lois Lane, adventure2 yang dilalui bersama Superman, dan sehinggalah ke perkahwinan Lois dan Clark pada musim ke empat.

Set trading cards dari siri TV popular ini adalah keluaran Skybox pada tahun 1995. Set lengkap (basic) mempunyai 90 keping kad. Walau pun set chase cardnya ada macam-macam aku hanya dapat mengumpul setakat set 6 “S” shield saja….













...boleh pakai ini tattoo,
tapi tak gerenti kalis peluru