Monday, August 13, 2012

mana pi la kaler pensil aku...

Sebulan dua yang lepas, HotWheels ada melangsungkan peraduan mewarna. Ahaaa, peraduan mewarna ini bukanlah suatu peraduan biasa di mana peserta diberikan sekeping gambar hitam putih yang perlu diwarnakan. Sebaliknya, dengan setiap pembelian empat biji kereta HotWheels, pembeli diberikan sebiji kereta HotWheels serba putih (siap dengan kotak plastik dan card-nya) untuk diwarnakan mengikut citarasa dan kreativiti si pembeli. Dua jenis model serba putih ditawarkan iaitu Roger Dodger dan Twin Mill. Kereta yang siap diwarnakan, perlu dipulangkan sebagai penyertaan dan kereta yang dipilih sebagai paling cun akan menerima hadiah. Bagi aku yang tidak berapa berseni ni, aku rasa lagi baiklah kalau aku simpan aje kereta ni dalam keadaan serba putih. Best sikit ya tak... Nampak macam tak siap baru keluar kilang je...hehehe.

Roger Dodger









Twin Mill








3 comments:

Iaryylr said...

syabas x 1000 kali bro, patutlah pelik jer header hotwheel tu tempohari, nak tanya mulut asyik terkunci jer keh keh keh!

fairus said...

PERGHH.. BARU KELUAR KILANG TU.. TAK SEMPAT NAK SPRAY LAGI... :)

Spallan said...

iaryylr...hehehe, memang pelik bro, hotwheels tak cukup warna

fairus...macam kereta kena chlorox, putih melepak, hahaha