Tuesday, February 5, 2013

buat pakai jalan tengah panasss...

Pastinya ramai di antara peminat Coca Cola sudah pun ada dalam koleksi masing-masing topi Coca Cola ini. Pertama kali muncul sebagai souvenir percuma di kedai hijau kuning pada tahun lalu, ia muncul semula sebagai souvenir di kedai akhbarku.


Aku pula sebenarnya baru sahaja membeli topi ini. Syarat pembelian, kenalah beli sebotol ayaq Coke (atau rakan-rakannya), lepas tu barulah boleh beli topi ini dengan harga tujuh ringgit sembilanpuluh sen.


Kena pula hari aku nak beli tu, promosinya baru sahaja tamat pada hari sebelumnya, jadi aku dapatlah beli topi ini tanpa perlu membeli sebarang ayaq Coke....hahaha.


Dan memandangkan tarikh promosinya baru saja berakhir, aku pun minta sekalilah display yang digunakan untuk memperagakan topi ini, dan Cik Nona yang bertugas pun berkata..."abang nak, ambik la". Aduuuhh....tenkiuuuuu.




1 comment:

Iaryylr said...

ini pun dah 2 kali promosi kat kedai buku, sebelum tu kena beli 2 botol air... syok kalau dapat display set nie :)