Friday, March 19, 2010

Kehebatan Lelaki Atlantis

Lagi mengenai cerita-cerita tv sewaktu aku kecik dulu. Kali ni ialah Man From Atlantis, sebuah siri televisyen yang agak popular pada tahun 1978. Watak utama dilakonkan oleh Patrick Duffy (agak famous dengan lakonannya dalam siri drama Dallas). Siri ini mengisahkan Mark Harris (Patrick Duffy) yang telah dijumpai di dasar lautan dalam keadaan tidak sedarkan diri (dipercayai berasal dari Atlantis). Antara power yang dia ada ialah, boleh bernafas didalam air dan badannya boleh menahan tekanan tinggi (berenang di lautan dalam) dan di ni kuat semacam, hehe tu yang bebudak suka tengok….
*
*

Satu lagi siri televisyen dari tahun tujuhpuluhan, kali ni adalah Logan’s Run. Kisah si Logan ni yang sentiasa nak lari menyelamatkan dirinya daripada ditangkap oleh pihak berkuasa. Kenapa dia lari? Dia dok lari sebab di zaman dia manusia hanya dibenarkan hidup setakat umur 21 tahun sahaja, lepas tu kena serah diri kat badan penguatkuasa tempatan untuk di”settlekan”. Hmmm…


*
*

Space 1999, yang juga ditayangkan pada tahun tujuhpuluhan adalah antara favourite aku. Ia adalah sebuah siri sains fiksyen yang telah diterbitkan oleh Gerry dan Sylvia Anderson yang masyhur sebelumnya dengan cerita-cerita Supermarionation seperti Thunderbirds, Captain Scarlet and the Mysterons dan Fireball XL5. Ok, pasal Space 1999 kisahnya, pada 13 Sep 1999 (hmmm, lebihkurang 10 tahun lepas je, hehe), telah berlaku satu letupan yang amat dasyat di bulan hinggakan bulan terpelanting keluar dari orbitnya dan membawa bersamanya penghuni-penghuni Moonbase Alpha. Disebabkan itu, macam-macam adventure yang dilalui disamping mencari jalan pulang. Antara karakter yang masih aku ingat ialah Commander John Koenig (Martin Landau) dan Maya (alien yang boleh bertukar rupa – shapeshifter).

*

Sewaktu siri ini ditayangkan dahulu, kat Malaysia ni belum ada siaran TV warna, jadi aku dok layan cerita ni dalam hitam putih la. Tiba satu hari tu, aku telah dibawa ke Singapura oleh orang tua aku. Pada waktu malamnya, lepas makan nasik aku pun pi la nak tengok tv (nak buat apa lagi kan…). Bila pasang je tv tu, keluar pula cerita Spacae 1999 ni, ada kaler pula tu. Besssttt…..




Juga sebuah siri sains fiksyen (dari tahun lapanpuluhan), Alien Nation mengisahkan dua polis, satu manusia dan satu lagi alien yang terpaksa bekerjasama demi menjaga keamanan dunia yang waktu itu menghadapi pelbagai pergolakan dengan kewujudan masyarakat alien yang hidup bersama dengan manusia. Ishh, ishh, berat nih, tapi layannn…




Beauty and The Beast, sebuah siri lakonan Linda Hamilton (dari Terminator) sebagai Catherine dan Ron Perlman (si HellBoy) sebagai Vincent. Kisahnya, Catherine adalah seorang District Attorney dari New York dan Vincent pula adalah beast yang mukanya macam singa. Cerita ini tidaklah berkesudahan seperti cerita klasik Beauty and the Beast dimana penghujungnya Beast akan bertukar menjadi jejaka kacak dan berkahwin dengan si Beauty dan hidup senang-lenang hingga ke akhir hayat. Sebaliknya, dalam cerita ni, rupa si Beast tu, macam tu lah sampai habis. Cuma, sikap dan prilakunya adalah seperti seorang gentleman, sangat polite dan berhemah. Tu la yang buat si Beauty (Catherine) tangkap cintan dengan dia (disamping sikap Beast yang banyak membantu dalam menyelesaikan kes-kes yang Catherine hadapi).



3 comments:

birudamai said...

Salam.Ha ha ha nko ingatkan aku masa kecik-kecik,byk kali aku bayangkan aku ni pun mcm Man From Atlantis tu.Masa aku darjah 3,aku masuk kelas brenang anjuran skolah.Wat kat Kolam DBKL (tak tau ada lg ke tak)Bila time brenang aku cuba wat mcm stail dia brenang (tak menguak pakai tangan,cuma tolak pakai kaki je)Sudahnya aku hampir mati lemas he he he Pastu aku slalu bayangkan jari jemari aku pun ada kulit terlebih diantara jari jemari mcm dia.Ko tau aku buat pakai apa? Pas makan swing-gum,aku tampalkan kat celah-celah jari!

Bunga oh bunga... said...
This comment has been removed by the author.
Spallan said...

W'salam. Oohhh, peminat Man from Atlantis rupanya. Dulu aku pun try juga teknik berenang style tu tapi macam tak ke mana pun, hahaha. Macam nak cramp kaki dok menggedik tapi masih kat tempat yang sama, hehehe...