Thursday, March 18, 2010

Mr. McGee, don't make me angry...

Pada tahun tujuhpuluhan dulu, bila dekat pukul lapan setengah je aku dan adik aku mesti dah ready kat depan tv. Untuk apa? Apa lagi, mau layan cerita The Incredible Hulk la. Si gergasi hijau yang kuat tahap dewa dan boleh baling kereta macam jentik popcorn, hehe. Cerita ini dilakonkan oleh Bill Bixby (mendiang) sebagai watak utama iaitu Dr.David Banner (walau pun dalam siri komik marvel nama sebenar yang digunakan adalah Dr. Bruce Banner). Beliau juga pernah menjadi hos sebuah rancangan silap mata yang mana adalah agak menarik juga masa tu. Oklah, yang berlakon menjadi Hulk pula adalah bekas Mr Universe iaitu Lou Ferrigno. Memang berketul-ketul badan mamat ni, sebab tu sesuai jadi Hulk.
*
Jalan cerita, lebihkurang samalah macam movie Hulk yang tunjuk kat wayang. Kalau buat dia marah, dia akan bertukar jadi Hulk dan semuanya dia hentam. Cuma, yang versi tv ni saiznya tak berubah. Yang wayang punya, lagi dia marah lagi besar saiznya. Dan satu lagi versi tv ni, yang berlakon jadi Hulk adalah orang betul dan yang kat wayang tu pakai CGI. Tapi macamana pun, quote paling famous dari siri TV ialah (David Banner selalu sound Mr McGee - orang yang berhempas pulas nak menangkap si David Banner yang dianggap a danger to society): "Mr McGee, don't me angry. You would't like me when I'm angry."
*
Ok, set rading cards ini pula memaparkan imej dari rancang tv popular tu. Ia telah dikeluarkan oleh syarikat Topps pada tahun 1979. Ia mengandugi 88 kad complete dengan stickernya sekali. Macam-macam gambar ada, best.....














6 comments:

birudamai said...

Salam Tuan.
Ha ha ha aku pun tringat.Tp zaman aku lambat sikit sbb aku muda dari hang.Tp seingat aku,aku tengok citer tu masa zaman sekolah rendah..Hang mmg otai bro!!

Spallan said...

W'salam. Dulu-dulu memang ada macam-macam cerita superhero. Kalau tengok sekarang memang kelakar la, tapi untuk time tu, mantap beb...

blurguyz79 said...

bro spallan.kalau dapat tengok balik cuter HULK tu...best wooo.aku pun dah lupa2 ingat.

Spallan said...

ya betul bro bg, pasti layan baikk punya...

Rockaholic said...

giler laaa, old skoolllllll... cayalah bro... respek!!!

Rockaholic said...
This comment has been removed by the author.