Monday, August 6, 2012

minum boleh, buat biskut.....tak reti

Pada hujung minggu yang baru lepas ni, aku ingatkan nak rileklah, tak nak la keluar rumah melayan hobi simpan barang dalam kotak ni. Nak duduk rumah diam-diam dan buat-buat sibuk kat rumah aje. Tetapi... bila aku layan blog rakan-rakan seperti blog Bro Iaryylr dan juga blog Koleksi Aku Punyer!! cap Ayam je.... Laaaaa, ada mug Milo baru keluar rupanya. Aduuuh, apa boleh buat, bak kata pepatah inggeris, "duty calls...". Jadi, petang Ahad tu aku pun mulalah misi mencari mug ni...

Selepas dua kedai hijaukuning dan dua kedai biru aku singgah tidak mendatangkan hasil, akhirnya aku jumpa sekotak (macam di bawah tu) di kedai peranchis. Aikkkk, takkan sebiji ni je tinggal? Hebat betul response sampai habis semuanya. Yang seketul ni pula aku jumpa terperok kat belakang rak Milo tin edisi terhad. Tak puas hati punya pasal, aku pun ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Saja nak tanya kot ada lagi mug ni. 


Bila aku tanya dengan Cik Nona yang bertugas, jawapannya, "...ada encik, semua design ada tapi syaratnya encik kena beli satu pek milo baru boleh dapat satu". Mendengarkan penjelasan tu, ahaaaa...apa lagi teruslah aku sorong troli sebiji dan kutip empat pek milo macam yang kat bawah ni...


...dan inilah dia souvenirnya, mug Milo siap dengan kotaknya dan bertemakan "Milo Through The Years" yang menampilkan grafik Milo dari tahun-tahun 1950an, 1970an, 1990an dan tahun 2012.






Mug Milo dengan rekabentuk
Tahun 1950an




Mug Milo dengan rekabentuk
Tahun 1970an




Mug Milo dengan rekabentuk
Tahun 1990an




Mug Milo dengan rekabentuk
Tahun 2012




..bergambar keluarga



6 comments:

Salmi Khairil said...
This comment has been removed by the author.
fairus said...

MAK OIII.. EMPAT2 SEKALI DAPAT.. SAYA BARU DAPAT SATU.. BAJET CIPUT..

Salmi Khairil said...

memang nak kumpul sebab cantik..tapi kalau milo dah banyak sangat tak tau nak buat aper,,tak terminum

Iaryylr said...

wakaka! yehaaaa!akhirnya dapat juga 4, syabas bro, cuma kat sini tak ada lagi design plastik milo tu, jadik pula tu ada diskaun 7 persen, rasanya lepas raya boleh tolak milo tu dengan harga asal atau kasi kurang 50sen, kat tempat lain masih dalam rm18 dan rm19. Lagi pun milo banyak boleh buat aiskrim malaysia :). Kalau dapat tolak milo boleh buat beli tin edisi terhad pula keh keh keh ( rancang jer )

shootbirdhero said...

4kg of milo,boleh abis ?
Bila nak post tin edisi terhad milo?
haha...

Spallan said...

fairus...hehehe, takut habisss

Salmi Khairil...takpa, macam-macam cara ada kalau nak habiskan milo ni :)

iaryylr...ahaaa, salah satu cara nak kasi clear milo. terbaik bro...

shootbirdhero...bolehhh, pelan-pelan hehehe. tin? hehehe...belum lagi