Monday, February 4, 2013

bukan dulang hantaran...

Ada Coca Cola botol putih?
Ahaaa...bukannn.


Ini hanyalah logo Coca Cola pada bahagian belakang kotaknya yang serba merah.


Bahagian depan kotak...barulah nampak logo Coca Cola yang biasa, siap dengan dynamic ribbon-nya.



Isinya...



...dan inilah dia serving tray Coca Cola dari promosinya yang terkini sempena sambutan Tahun Baru Cina. 


Tray ini boleh diperolehi secara percuma sahaja. Tapi bagi mendapatkanya, senyum-senyum saja tak dapat la bang...


Syarat promosi, kenalah beli produk Coca Cola (atau minuman yang mengambil bahagian) berjumlah tigapuluhlapan ringgit, barulah boleh dapat sebiji tray besi ini secara percuma. Dikatakan, nilai tray ini adalah sepuluh ringgit setiap satu, tapi tak pula dijualnya dengan harga sebegitu. Nak dapat satu, mesti mau ikut syarat promo yang ditetapkan...



Tapi, sejak kebelakangan ni, promonya dah agak bertukar sedikit. Di sesetengah pasaraya ada promo yang mensyaratkan, dengan pembelian satu karton ayaq tin Coke (dalam dua puluh ringgit lebih) dah boleh dapat satu tray besi ni, siap dengan peket angpow sekali. Ini sudah bagus. Jimat le sikit dari kena belanja tigapuluhlapan ringgit .....ya tak?


Aku? Hehehe...promo yang aku dapat agak spesial sikit. Sewaktu aku lalu kat kaunter perkhidmatan pelanggan, sempatlah aku buat-buat bertanya dengan Cik Nona bertugas, apakah syaratnya nak dapatkan tray Coca Cola tu. Jawabnya..."Encik beli tiga botol satu setengah liter boleh dapat satu tray". Eh, ini promo aku belum pernah dengar lagi. Aku pun tanya balik kat dia, "betul ka ni, bukan ka syaratnya.....". Cik Nona pun mencelah "takpa...Encik beli tiga botol saya bagi satu". Hahaha...memang betul la nilai tray ni sepuluh ringgit. Beli tiga botol dalam sembilan ringgit lebih, dapat la aku satu tray ni.....


Iklan selit-selit "Percuma Dulang Coca Cola"


Iklan kadbodnya.....

8 comments:

Iaryylr said...

SYABAS bro!, untung tu, asyik amoi jer bagi offer best2?, aduhai... saya sapu dari dijual, belian 38 ringgit dan 24 tin... pastu rileklah mana tau ada peluang lagi dengan 1.5 Litre :) aduhai...

Spallan said...

yeahhh bro. nasib baik juga dapat macam tu. takpa bro, kita tunggu... mana tau hujung2 ni offer lagi bagus, nak kasi clear dulang...hehehe

nikths said...

Saya td korek2 barang saje tanya dulang.Aunty tu siap tanya u mau dulang F&N ke? Sekali dibawanya dulang coke ni 3 kotak x RM3 sekotak siap bagi bekas buat aiskrim Ribena 2 pcs.Apa lagi senyum sampai telinga la.Oleh kerana pergi dengan kawan 1 dah dibook.

Spallan said...

RM3 sekotak?....terbaik tuuu, manyak untung, hehehe....errr, dulang F&N tu yang macam mana pula bro?

nikths said...

entahla,aunty tu main hentam cakap je..dia tak reti sebut Coca-cola kot.
Tu yang terkejut bila tgk dulang coke.Mati-mati ingatkan dulang F&N yg lama.

Spallan said...

kalau betulla dapat dulang F&N lama, RM3 sekeping pula tu....baru iye raya sakan, hahaha

NeeloSilver Craft & Wedding said...

Saya baru beli dulang ni kt pasar karat ipoh. rm12 per pcs. kalo pandai nego lagi maybe bole dpt rm10 je kot. tp x pandai nego kan. tp very nice. hahahahahha

Mun Kit Tee said...

Ada satu lagi poster yang sama tetapi versi lain yang tiada dulang RM38 itu, biasanya ada kat restoran2 dan kedai-kedai kopi......