Terbaru daripada Nestlé, set tiga aiskrim, Crunch, KitKat dan Milo. Dan setiap tub berlogo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...
Monday, April 30, 2012
Friday, April 27, 2012
Thursday, April 26, 2012
cara haluuus...
Syaratnya mudah saja. Beli cokelat Cadbury limabelas ringgit ke atas, seluk tangan dalam kotak ajaib, cabut kertas dan tengok apa yang kita menang. Itu kata dia..... Syarat aku pula, lagi senang. Beli Cadbury bernilai limabelas ringgit.....bagi aku beg satu. Amacam? Kita skip satu step.....hahaha.
Tengah tak ramai orang dan supervisor pun takda boleh le buat macam tu. Nanti kalau orang perasan, supervisor pula ada dan check, susah diorang ni nanti. Tapi kalau line clear, Spallan's Simple Solution applies. Kira ok apa.... promoter dapat buat sale, dan aku dapat souvenir yang aku nak, win-win situation. Hehehe...tapi jangan lupa gunakan tahap diplomasi yang tinggi.
macam-macam haiwan...
Chop yang diperolehi dengan pembelian keju Chesdale duapuluh empat keping. Bertemakan haiwan dari zoo seperti singa (bawah), kuda belang, gajah, aku baru ada sebiji nih. Kena settle yang duapuluh empat keping tu dulu baru boleh cerita nak jumpa haiwan-haiwan lain.....hahaha.
Wednesday, April 25, 2012
jenama baru...?
Sewaktu di Straits Quay Pulau Pinang hari tu, sempat aku meng-sample minuman cokelat jenama Keluarga. Di hari yang panas terik, di sua pula dengan secawan (dua) air cokelat yang sejuk...memang le best.
Sample, sample juga, paper cup tetap sempat aku ambil buat souvenir...hehehe.
hari mau.....
Nampak gayanya, souvenir ni suka datang dalam pilihan empat warna ya.... Kali ini souvenir dari biskut Tiger pula.
Caranya sama seperti souvenir F&N Fruit Tree yang sebelum ini. Kali ni, bila beli dua bungkus biskut Tiger, depa bagilah hadiah sebiji bekas ni.
Bila tengok dalam gambar, macam besar je bekas ni. Tapi bila collect di kaunter khidmat pelanggan, laaa... kecik jer. Ngam-ngam untuk disusun biskut Tiger secara bertingkat. Hahaha...jadi lah, barang free...
nak pilih yang mana satu...
Souvenir berjenama hari ini datangnya dari
F&N Fruit Tree.
Dengan membeli dua botol minuman
jus buah-buahan ini...
...aku dihadiahkan dengan sebuah pitcher seperti di bawah ini. Terdapat empat pilihan warna yang menarik, tepuk dada tanya selera.
Yang di bawah ini pula adik aku yang bagi. Dinamakan Fruit Tree PET Bottle Holder, ia boleh digunakan untuk menyangkut botol F&N Fruit Tree (saiz kecil) pada seluar kita agar mudah hendak dibawa ke mana sahaja.
Tuesday, April 24, 2012
kena beli dua...
Iklan KitKat Chunky dengan harga istimewa. Tapi yang istimewa bagi aku adalah logo 100 Tahun Nestle kat tepi tu...
seratus tahun juga...
Ini pula adalah iklan biskut Oreo sempena ulangtahunnya yang ke seratus.
Bungkusan biskut khas Oreo 100th Birthday. Ahaaa, kira special ni tapi takde nampak pula special gift nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)