Monday, April 16, 2012

Kopi O satuuuuu...

Sebenarnya aku tak tahu pun akan kewujudan tin-tin Nescafé  edisi terhad ini sehinggalah aku terbaca pada blog Iaryylr dan blog Edilelly & Aku. Maka timbullah sifat thrill-of-the-hunt dalam diri ini. Lebih-lebih lagi bila mendapat tahu tin yang agak payah nak jumpa adalah tin Nescafé Kopi-O, mulalah nak pi mencari...hahaha.

Cari punya cari, setelah keluar masuk dua, tiga, empat pasaraya akhirnya jumpa jugalah dengan tin Nescafé  Kopi-O edisi terhad ni. Bila dah jumpa, kena la pula lalui proses penelitian. Kenalah check kalau ada kemek sebab terhantuk, calar sebab bergeser, atau pun kalau berkedut yang tentu pasal. Hahaha...macam-macam hal lah pula ya. Itulah dia stim dunia collector  ni. Oklah, hari ni kita layan tin-tin nescafe ni, dah letih nanti kita minum sama-sama.....

Nescafé Kopi Latte



Nescafé Kopi Mocha



Nescafé Original



Nescafé Kopi O


5 comments:

iaryylr said...

syabas Bro! yehaaa!

edilelly said...

caya la bro.. mana dapat yang kopi o ni.. belum wujud lagi kat area jb ni.. mgkin x lama lg ada la ni.. nak memburu gak..

nikths said...

wah syabas bro, boleh pos kat FB Nescafe/Milo asal aje Nescafe.Tgk orang lain komen apa plak ha ha ha.....terbaik bro.

fairus said...

kopi o sudah siap...

Spallan said...

iaryylr.....yeahhh

edilelly.....jumpa kat jusco bro. donwori, sikit hari lagi dia mari :)

nikths.....hehehe, sudah post bro

fairus.....ok, ikat tepi tq :)