Saturday, April 14, 2012

Batman 5-Pack

Kadangkala HotWheels akan mengeluarkan kereta-kereta yang bertemakan siri televisyen popular dan juga dari filem-filem box-office. Dan kereta-kereta ini mempunyai jangkahayat rak yang sangat-sangat pendek. Maksud aku, bila kereta-kereta ini disusun sahaja pada rak, dengan senapas saja akan disambar dan kelibatnya takkan kelihatan lagi, kirim salammm je la. Contohnya seperti yang di bawah ini, set Batman 5 Pack The Dark Knight daripada HotWheels.



Kalau tak silap aku, yang ini adalah kali kedua HotWheels mengeluarkan set Batman 5 Pack ni. Yang pertama dulu, set Batman Begins Gotham City, memang dah tak nampak, kat second-hand market pun dah takda. Kalau nak juga kenalah kecek mana-mana collector yang ada simpan set lebih. Atau pun, kenalah berenang di alam maya untuk mendapatkannya.

Sekarang ni, keluar pula setnya yang terbaru. Aku mula dengar akan berita keluarnya set ini pun dah berbulan yang lepas. Oleh kerana lama sangat tak nampak-nampak, aku agak mesti dah habis kena sapu dek collector. Apa boleh buat, otai-otai HotWheels mestilah lagi tera. Silap-silap, belum sangkut lagi dah kena angkat ...hahaha.

Macamana pun, satu hari tu sewaktu meronda di pasaraya hijaukuning, seperti biasa aku singgah le kejap kat rak HotWheels ni. Aku selak dulu kereta-kereta basic yang ada. Humphhh, takda yang menarik pun. Lepas tu, aku jengah pula kat set-set 5-Pack yang dok tergantung. Eh...eh, macam tak percaya pula. Tu dia Batman 5-Pack yang baru. Hahaha...alhamdulillah, memang rezeki akulah nak jumpa set tu hari tu. Tak payah pikir panjang, aku pun minta bungkus satu, dan inilah dia kereta-keretanya...







No comments: