Friday, November 16, 2012

chup chup chup...?

Ini dia resit belian dari kedai peranchis baru-baru ni...nampak biasa je kan?


Beli apa ya? Haaa...beli lollipop saja, takda benda lain, cuma lollipop saja.....


Tapi, tu dia... beli lollipop sampai resitnya panjang berjela. Sampai kaunter terpaksa tutuplah sebab nak di scan-nya satu persatu. Tiga staf dan dua sekuriti la kena datang untuk selesaikan belian ni....hahaha. Hebat betullah, macam ter-glamour  kejap pun ada. Inilah kali pertama aku beli barang, resitnya panjang macam ni......kah kah kah.


Inilah dia barangnya. Kita tengok kotaknya dulu ya, nama pun "...dah masuk kotak" kan.....


Pada kotak, nama itemnya adalah Chupa Chups Mega Tin of Chuck's Game.


...siap ada logo amaran, berat 17-50kg angkat berdua, jangan angkat sorang-sorang hahaha.


Ini dia Tuan-tuan dan Puan-puan....barangnya. Sebuah tin Chupa Chups yang amatlah besarnya.


Pandangan keliling tin (siap dengan tangkainya).





Didalamnya, penuh dengan lollipop Chupa Chups, sembilan ratus biji semuanya.


Tin dah dapat, lollipop pun dah ada, sekarang dok pikir cara-cara nak clear-kan isinya tu...hahaha.


...dan macam inilah rupanya tin ini sewaktu digunakan sebagai display bagi menjual lollipop Chupa Chups ni. Gambar ini aku ambil sewaktu meronda kedai hijaukuning di mana aku pertama kali bertemu dengan tin gergasi ni.....hmmm.


5 comments:

fairus said...

PERGHH... MAHU ROSAK GIGI NAK HABISKAN SEMUA.. BERAPA RM SEMUANYA NI BANG?

Iaryylr said...

wah bro nie sangat dasyat! syabas!

nikths said...

wah! nak berniaga ke bro? ha ha ha....
hantar le kesini kalau boleh dgn tinnya sekali he he he...

apapn syabas bro.

p/s: katanya pasaraya tak jual tin ni.Mcm mana boleh lepas bro?

Spallan said...

fairus...boleh kenyang makan lollipops ni, hahaha

iaryylr...tq bro

nikths...hehehe, boleh buat meniaga hujung minggu

Unknown said...

Saya pun ada kes mcm ni sbb suka dgn tin terpaksa amik dgn sweet srkali