Nampak gayanya aku dah tak mampu nak buat satu entry satu hari macam dulu-dulu... Mungkin disebabkan faktor usia yang menjadikan aku cepat letih, atau mungkin berblog ni dah kurang peminatnya (lebih mudah meng-instagram dan meng-twitter...agaknya), mungkin juga kerana kesuntukan masa kerana melayan kerja-kerja harian yang makin menimbun, atau mungkin saja aku ni dah kekurangan idea apa yang nak dimasukkan ke dalam blog aku yang tak seberapa ini.....hmmm. Tapi takpa, selagi terdaya, aku akan terus mengambil gambar, taruh label, meng-adjust saiz, save-in-web-format, menulis dan masukkan ke dalam blog ...dah masuk kotak. Apa-apa hal.....kita layan aiskrim dulu.
Aiskrim Haagen-Dazs.....memang sedappp. Lebih bertambah nikmatnya bila dikongsi bersama dengan ahli keluarga di hujung minggu. Yang tudungnya lain sikit warnanya tu, adalah keluaran terbaru, perisa baru dan terkini yang sedang di promosi.
Tetapi...seperti biasalah, bila aku beli sesuatu, mestilah ada udang di sebalik batu, mestilah ada souvenir di sebalik pembeliannya, dan souvenir kali ini didatangkan siap dalam kotak ber-handle ala reben....
Jengok sikit isinya...
oh.....beruang rupanya.
Siap pakai t-shirt Haagen-Dazs lagi...
...aku sendiri pun takda t-shirt macam ni, hahaha.