Saturday, December 4, 2010

Star Trek Cards 16

Set kad Star Trek Master Series One ini bagi aku memang cantik. Beberapa pelukis telah di-commissioned untuk melukis karakter serta babak dari siri Star Trek The Original Series, Star Trek The Next Generation dan Star Trek Deep Space Nine. Terdapat sembilan puluh keping kad kesemuanya dan telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993.













Friday, December 3, 2010

Coca-Cola 325ml

Tin baru Coca-Cola. Mungkin tema khas Tahun Baru Cina atau ada tajuk lain. Bab ni aku kena bagi kat Masters of Coca-Cola yang lebih ariff. Yang ni versi tin 325ml, tapi kalau nak tengok versi botol Pet 1.5lt kena check out blog Bro Iaryylr.




Hadiah dari KitKat...

Ini adalah mouse pad dan mouse dari KitKat. Kalau tak silap yang ni aku dapat masa beli KitKat tahun sembilanpuluhan dahulu. Jika diperhatikan, tulisan/logo Nestle bersebelahan logo KitKat pun berbeza dari yang sekarang. Mouse-nya pula menggunakan sambungan PS/2 dan bukannya sambungan USB seperti mouse-mouse terkini...




Hadiah dari Adik...

Hadiah dari Adik aku sempena ulangtahun aku pada tahun 2006. Terdapat dua bungkus KitKat Bites didalamnya (yang dengan senapas saja aku settle) dan satu teddy bear keluaran khas KitKat...









Hadiah dari Mak...

KitKat hadiah dari Mak aku.....best. KitKat menyambut ulangtahunnya yang ke tujuh puluh lima tahun ini dan sempena itu, KitKat telah mengeluarkan beberapa cokelat khas sebagai tanda sambutan ulangtahun tersebut. Diantaranya adalah cokelat yang dibawah ini. Terkandung didalamnya enam batang KitKat Chunky, termasuklah yang terbaru iaitu KitKat Chunky Caramel. Bagi aku, yang menarik disini ialah pembungkusannya. Disamping terdapat logo sambutan ulangtahun pada kotaknya, di bahagian belakang kotak ditunjukkan "time-line" sejarah KitKat, yang menunjukkan evolusi KitKat dari dahulu sehinggalah yang terkini.