Biasanya Tesco menggunakan paper cup putih saja bila hendak mempromokan produk minumannya, tapi hari tu, buat pertama kalinya, bagi mempromokan produk minuman coklatnya bernama Choco Malt, Tesco telah mengeluarkan paper cup dengan jenamanya sendiri. Akhirnya, hahaha.... maka aku pun simpanlah sedikit buat souvenir (airnya pun boleh tahan juga...).
Monday, March 12, 2012
susu saja takda...
Sekali pandang macam biasa saja
kotak cornflakes ni...
...tapi bila dipusingkan sedikit. Tu diaaaaa, punyalah tebal kotaknya.
Kenapa tebal ya...? Ahaaa, tu diaaa, ada dua kotak cornflakes didalamnya.
Dan yang specialnya, ada souvenir sebuah mangkuk vintage (plastik) yang boleh digunakan untuk pekena cornflakes ni...
Thursday, March 8, 2012
boleh melekat di dinding?
...souvenir daripada adik aku, set cereal Spiderman yang complete dengan mangkuk dan sudunya serta lapik makan. Pergghhh, lepas ni boleh panjat dinding le.
Wednesday, March 7, 2012
cerita kungfu tu...
Sejak kebelakangan ni, bila menonton filem DVD saja, sebelum bermulanya filem tu mesti ada trailer filem Journey To The West seperti yang tertera pada beg yang di bawah tu. Nak aku forward kasi cepat tak boleh, apatah lagi nak skip terus ke main menu pun tak dapat. Maka terpaksalah aku melayan trailer tersebut. Lama tuh ....sempatlah kalau nak masak Maggi (2 minit) Mee .....kahkahkah.
Monday, March 5, 2012
HI...jau HI...tam
Lama tak menulih, hari ini aku cuba kembali dengan sebuah souvenir berjenama. Ya tuan-tuan dan puan-puan, sebuah beg hitam yang bersifat hijau, yang diperolehi dengan pembelian beras perang (atau brown rice, hmmm.....) ecoBrown's. Ok juga beg ini kerana diperbuat daripada bahan yang nampaknya kuat serta tahan dan mampu digunakan untuk mengusung sekampit dua beras perang didalamnya. Boleh meronda setengah KL tanpa begnya mengalami sebarang kecederaan atau kerosakan. Baikkk punya...
Subscribe to:
Posts (Atom)




















