Bukannya pasukan badminton mahu pun team tennis tetapi doubles yang dimaksudkan adalah dua deck yang berada dalam set playing cards ini yang datangnya dari Hong Kong. Siap dengan casing plastik berbutang, kedua-dua deck terselit kemas dan mudah untuk dibawa ke mana saja untuk bermain dengan kawan-kawan.....
Souvenir bekas makanan dengan logo pasukan bolasepak Liverpool. Beli empat peket boleh pilih satu di antara empat warna yang ditawarkan, merah, biru, hijau dan ungu. Aku larat takat dua saja, nanti banyak sangat biskut, siapa pula yang nak makan....
Bekas biskut souvenir daripada Nestle Fat Free Yoghurt Tanpa Lemak. Kena beli enam biji yoghurt baru boleh dapat bekas ni. Terdapat dua warna sebenarnya, merah dan biru tapi yang merah tak kelihatan pun.....