Ini dia Pin Hard Rock Cafe Signature Series yang ke 29 dan artis yang dipilih untuk siri kali ini adalah Jimi Hendrix. Seperti biasa dengan setiap pembelian pin Signature Series ini, limabelas peratus daripada perolehan yang diterima akan disalurkan ke badan-badan kebajikan terpilih dan bagi kali ini, jumlah derma tersebut akan diagihkan kepada dua badan kebajikan iaitu The Fender Music Foundation dan The Jimi Hendrik Park Foundation...
Saturday, February 18, 2012
Friday, February 17, 2012
"jigsaw" dalam bahasa melayu...?
Pin Hard Rock Hotel Penang kali ini agak berbeza daripada biasa. Terhad kepada dua ratus keping setiap satu pin, ketiga-tiga pin ini merupakan satu set daripada "Puzzle Pin" yang mana ketiga-tiganya boleh dicantumkan dan menjadi seperti sebuah pin dengan imej yang lebih besar. Set tiga pin ini mempamerkan tiga perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia.
Pin yang pertama memaparkan
imej perayaan kaum Cina.
Pin yang kedua pula adalah imej
perayaan kaum India.
Dan pin yang ketiga adalah
imej perayaan dari kaum Melayu.
Apabila dicantumkan ketiga-tiga pin, maka terbentuklah sebuah pin yang lebih besar seperti yang di bawah tu.....
Thursday, February 16, 2012
terbanglah burung terbang...
...dari Hard Rock Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur. Nanti Kota Kinabalu pun akan ada satu, tapi bila ya...
Wednesday, February 15, 2012
apa ada dalam topi...
Dah bulan dua baru dapat, takpa la.... Ini dia pin Selamat Tahun Baru 2012 dari Hard Rock Cafe Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)































