Sunday, November 29, 2009

dari Granada Studios, Manchester

Souvenir yang diperolehi ketika melawat Granada Studios di Manchester, tempat shooting rancangan Coronation Street.





Teko Coronation Street

Teko ornament Coronation Street yang menggambarkan Pub Rovers Return, siap dengan kucing mengendap burung.





Rumah Kenit Coronation Street

Coronation Street adalah sebuah rancangan drama bersiri (soap opera) yang sangat popular di UK. Bermula dari tahun 1960an sehinggalah sekarang ia masih ditayangkan. Ia mengisahkan perihal harian penduduk di Coronation Street. Dari diorang kecik sampailah besar dan beranak pinak, dia ni kawin siapa, dia tu anak siapa, kisah skandal, kisah kena tangkap, dan macam-macam kisah kehidupan. Yang dok layan cerita ni ialah girlfriend aku (sekarang isteri). Kiranya, collection ni collection bersama la ya...
*





Ni lah dia complete set Coronation Street. Bermula dari Pub Rovers Return sehinggalah ke kedai corner yang ada mail box.


Gambaran sebenar Coronation Street seperti di siaran televisyen.


....kembali ke miniature set


Dibahagian belakang tertera nombor susunan rumah dan nama-nama penghuni.


Teko Pelik

Teko mini ini pula adalah dari Cardew Design UK. Syarikat ini mengeluarkan bermacam-macam jenis teko yang pelik tetapi cantik. Designnya terkenal seluruh dunia dan ada yang telah mencapai status "rare" dan mempunyai nilai yang agak tinggi.
*


Design yang diambil dari Royal Albert
(dengan kebenaran)


Kotak pun kena letak nama Royal Albert.


Kotak untuk teko mini Cardew.


Teko Tanah Liat

Ada diantara teko-teko mini ini adalah replika kepada teko tanah liat yang bersaiz normal dan digunakan untuk membancuh teh. Yang mana satu, aku tak pasti la pula. Dan kalau kita pergi ke kedai-kedai teh cina kita boleh tengok teko (saiz normal) ini ada dijual, dan ada yang dengan set cawannya. Harga pun boleh tahan juga. Jadi, aku kumpul lah versi mini ni, murah sikit dan senang nak handle. Aku pernah pergi ke rumah orang dan tengok diorang frame teko-teko kenit ni, nampak cantik, elegan dan unik. Bila aku start cerita pasal teko kenit ni, dan diorang tanya macam mana aku display, jawapan aku, "dah masuk kotak..."



Teko Kaca

Teko-teko kecil ini diperbuat daripada kaca. Dari pengamatan aku, aku rasa teko ni dibentuk sewaktu kacanya lembut (sangat panas) dan bahagian yang ala-ala keemasan di celup setelah teko siap terbentuk dan sejuk sepenuhnya. Ya ka ni....







Saturday, November 28, 2009

Macam-macam teko

Kalau cerita pasal cawan, kenalah cerita pasal teko kan. Yang bawah ni walau pun rupa dia macam teko tetapi fungsinya yang sebenar adalah sebagai pewangi bilik. Bubuh pewangi dalam teko, pasang lilin kat bahagian bawah tu dan haruman akan keluar melalui lubang kecil pada teko......aaahhhh.
*


Yang dua bawah ni dibuat daripada besi. Saiznya kecil, sebesar cawan saja. Sesuai sebagai hiasan saja la...




Bekas Porcelain Disney

Bekas porcelain untuk rempah ratus yang
memaparkan karakter-karakter Disney.








kena tambah garam ni...

Sebuah lagi barangan cap wau merah (walau pun kali ni logonya gold). Diperbuat daripada fine porcelain oleh Noritake, set "salt & pepper" ini aku rasa diberikan percuma kepada penumpang MAS sebab tertulisnya "With Compliments from..." pada bahagian bawah produk. Bagus lah MAS ni...