Thursday, April 28, 2011

bermain dengan jerung...

Inilah dia rupa kad yang aku dok biasa main masa kecik dulu, kad Jaws. Kalau dulu siapa tak kenal dengan Jaws ni, filem ikan jerung tahap raksaksa yang makan orang dan boleh langgar kapal kecik sampai tenggelam. Mungkin disebabkan kemasyhuran jerung ini, ia digunakan sebagai label pada kad deck ini. Mungkin ya, mungkin tidak, terpulanglah. Tapi bagi aku, kad deck ini telah memberikan aku dan geng aku bak kata orang putih, "hours of fun". Bermacam style ada untuk bermain dengan kad ini. Boleh main Tan, Hantu, Chong, Gin Rummy, Tujuh Diamond, Colek dan macam-macam lagi. Kalau tak pun boleh disusun menjadi rumah kad atau buat praktis card tricks. Cuma sekarang ni jarang sangat le dapat main kad ini, masa pun takda. Tetapi, bila kena masa dan gayanya, dan cukup pula corumnya, sampai ke tengah malam pun boleh layan main Gin Rummy...





































2 comments:

iaryylr said...

Wah best Bro, Kad lama tu!

Spallan said...

Yeahhh, tapi tunggu, ada yang baru...