Saturday, April 30, 2011

Iron Man Vol 1 #60

Iron Man, si besi merah kuning tu, siapa tak kenal ye tak? Lebih-lebih lagi sekarang dah ada beberapa filem layar perak yang dah keluar mengenainya, bertambah masyhurlah karakter ni. Ok, pertama kali diperkenalkan kepada dunia dalam komik Tales of Suspense #39 yang diterbitkan pada Mac 1963, karakter ini telah dicipta oleh Stan Lee, Larry Lieber, Don Heck dan Raja Komik, Jack Kirby.

Ia mengisahkan bagaimana Anthony Edward "Tony" Stark , seorang playboy billionaire yang juga seorang engineer yang genius mengalami masalah jantung ketika diculik. Sebenarnya tujuan dia ni diculik adalah untuk dipaksa membina sejenis senjata yang mampu membinasakan dunia (biasalah, untuk kegunaan geng jahat dalam misi-misi "world domination" diorang...), tetapi, oleh kerana Tony Stark ni agak cerdik orangnya, sewaktu dalam tahanan dia tidak pula menurut kehendak si tukang culik malah sebaliknya membina "suit of armor" bagi menyelamatkan keadaan dirinya yang agak tenat langsung untuk melepaskan dirinya. Bermula dari situ, bermacam-macam design senjata (untuk kebaikan sejagat) dan suit Iron Man telah terbina...


Iron Man Vol 1 #60, Jul 1973

Editor-in-Chief : Roy Thomas

Cover Artist : John Romita

"Cry-Marauder!"

Writer : Gary Friedrich

Penciler : George Tuska

Inker : Mike Esposito

Colourists : Petra Goldberg

Letterer : Denise Vladimir

Editor : Roy Thomas

No comments: