Semalam aku ada cerita pasal seorang Uncle di Jonker Walk yang tak nak lepaskan kad deck Sports Toto nya. Macam-macam ayat aku dah bagi, semuanya tak termakan. Hinggakan aku acah nak bawak lari pun dia tetap berkeras tak nak bagi. Nak pegang tengok boleh, bawa balik, no can do... Apa boleh buat, belum sampai jodoh. Bak kata Sting "If You Love Somebody, Set Them Free". Maka aku pun ucapkan terima kasih dan beredar dari situ...
Tetapi, selang beberapa minggu selepas peristiwa itu, aku bertemu kembali dengan kad deck Sports Toto ni. Kali ini tuannya seorang taukeh barang antik di Super Kinta Ipoh. Tanpa membuang masa, pantun pengikat pun bermula. Kali ini senang sikit, sebab memang niat tuannya nak let go deck ni, jadi yang tinggal cuma nak nego harga saja. Tak sampai beberapa minit, servis pun berpindah tangan dan kad deck Sports Toto kini...dah masuk kotak.
...masih bersealed ketat
...mari kita tegok apa ada di dalam
inilah dia rupa kad deck ni
Best juga deck ni, ada lima joker. Biasanya setiap deck ada dua kalau tak pun tiga joker, habis ganas pun empat tapi deck Sports Toto ni bagi lima joker dan semuanya ada gambar yang berlainan, berbaloi...
No comments:
Post a Comment