Thursday, April 28, 2011

jerung amerika...

...tadi yang lama, ahaaa ini yang baru. Terjumpa di sebuah kedai membuat bingkai di Jonker Walk, setelah bersembang dan berunding dengan "uncle" tuan punya bisnes, dia pun bersetuju untuk melepaskan dua ekor jerung ni. Namun kad deck Sports Toto masih erat dalam genggaman dan belum sedia hendak berpindah tangan.

Ok kad deck ni, juga dengan versi merah dan biru masih lagi berbungkus, sealed dan belum masuk angin. Maka tak dapatlah aku memotretkan isi kandungnya untuk tatapan umum, hanya luaran sahaja yang termampu buat masa ini. Perbezaan dengan yang sebelum ni? Yang ini jerungnya adalah Jaws III dan nampaknya deck ini dibikin di U.S.A. Iye ke ni...?




























No comments: