Wednesday, January 18, 2012

berapa purnama menunggu...

Aku hantaq borang penebusan pada hari terakhir yang dibenarkan iaitu pada 30 September 2011, by hand  lagi. Menurut syarat-syarat penebusan, lori milo ini akan sampai dalam masa empatpuluh hari. Oklah tu aku fikir, tak perlu beratur panjang-panjang, lori milo akan dihantar terus ke rumah. Jadi aku pun tunggulah. Bulan sepuluh pun berlalu, begitu juga bulan sebelas dan duabelas. Aduuuh, takda apa berita pun, aku ingat kira burnlah lori milo aku nih, kira tak dapat le..... 

Tiba-tiba, dua tiga hari lepas bila aku sampai rumah ada notis Pos Laju tiga empat helai yang ditinggalkan oleh brader Pos. Ahaaa...akhirnya sampai juga lori-lori kenit nih. Maka inilah dia dua lori milo terkahir dalam siri ini (hehehe...orang lain dah lama dapat, aku ni je yang baru nak seronok layan). Kalau nak tengok geng dia yang lain sila klik sini dan sini.

Lori Milo 2010









Lori Milo 2011








...akhirnya complete jua


3 comments:

Iaryylr said...

syabas bro! saya yang tak sempat hantar walau kod bar dah cukup untk ke4 semua yang terakhir :(, sedih tapi nak buat macam mana he he he... harap ada keajaiban... maka ianya akan muncul...

Spallan said...

hari tu ada nampak dealer jual kat amcorp, tak pasti pula harganya...

nikths said...

Bro Iaryylr..kat mudah.my banyak jual.

Saya pn dah khatam.Dapat 2 minggu lepas.Seminggu kemudian yang besar pula menyusul.Borang sah terima belum sempat hantar lagi.