Saturday, July 2, 2011

yang sejuk dan segarrr.....

Seperti yang aku telah nyatakan di posting yang terdahulu, aku ni kurang sabar bab nak isi borang dan tunggu barang datang. Maka ngam tengahari Jumaat (sebelum pi solat) aku bergegas ke office bawah ni...

Anda mungkin bertanya, office apakah ini? Yeahhhh, jawapannya di bawah. Terpampang pada pintu masuknya notis berapa banyak model lori Milo yang diorang ni ada dan sedia untuk ditebus oleh para pengunjung yang hadir.

Disediakan juga peti surat bagi yang ingin menjimatkan duit setem, boleh terus hantar sendiri ke office ni dah boleh skip hantar ke post office...

Ini pula adalah display case yang digunakan untuk mempamir model lori Milo yang sedia ada untuk ditebus.

Model lori yang boleh ditebus hanyalah yang di isu pada bulan Jun sahaja (sila rujuk pada borang). Model-model untuk Julai hanya boleh ditebus pada bulan lapan dan model-model Ogos pula hanya boleh mula ditebus pada bulan sembilan. Ooooo gitu, yang hadir semuanya ingat boleh terus claim jun dan julai punya.....

Ingatkan tak ramai, rupanya boleh tahan juga kena beratur. Takda yang claim sebiji, rata-rata mesti dua tiga biji yang tumbang.

Setelah sekian lama beratur, aku dapat juga masuk ke dalam dan bertemu dengan petugas-petugasnya yang cekap menjalankan kerja dengan penuh dedikasi serta efficient. Semua persoalan sehinggalah ke cara mengisi borang diterangkan dengan teliti dan penuh kesabaran. Baguih la depa ni. Walau bagaimana pun, setiap yang hadir hanya dibenarkan menebus maksima empat biji model saja (kombinsai terbaik, dua besaq dan dua kecik).

Setelah selesai borang diproses, akhirnya tibalah saat yang dinanti-nantikan. Lepas ni giliran aku pula dapat lori Milo tu.....

...dan inilah dia model lori Milo dari tahun lima puluhan







yang besar dan yang kecil...

giliran model lori Milo tahun enam puluhan & tujuh puluhan pula...











settled....kena tunggu bulan lapan pula untuk set yang seterusnya

8 comments:

Iaryylr said...

syabas!Bro!saya yang belum ambil lagi he he he! inilah barang milo paling best setakat ini pada abad ini!

bart said...

tahniah bro..antara org terawal berjaya memilikinya.. Van tu metal @ plastik. Kalu metal best gak. Saya musykil sikit..diorang nak bar kod pada pek sahaja atau dgn plastik pembungkusnya sekali. Tq

Spallan said...

bro iaryylr, memang best milo, terbaik dari abad ini...

bart, nak kata besi takde la berat sangat, nak kata plastik, macam kemas juga pembuatannya....apa-apa pun memang berbaloi untuk dibuat koleksi. pasal bar kod tu gunting keliling bar kod dan angka 1kg/2kg, tak perlu bawa keseluruhan bungkusan. good luck.....

bart said...

terima kasih atas penjelasan drpd bro..skrg barulah faham & jelas. tq

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob, wahhh tahniah...brrjaya dpt kumpul set idaman!

Spallan said...

tq moh kembara, ada empat biji lagi to go...:)

azhari said...

omniteam ni buka pukul brape ye? hari sabtu or ahad buka tak? lawa la van tuu..

Spallan said...

Azhari, penebusan di omniteam dijalankan setiap Isnin sehingga Jumaat bermula dari pukul 10pagi-1petang dan dari 3ptg-5ptg.Sabtu dan Ahad tidak dibuka.