Friday, July 8, 2011

bukan sekadar warna yang berbeza...

Kali ini dipamirkan tiga variasi Ford Mustang Funny Car untuk tatapan/rujukan para pembaca sekalian. Didatangkan khas dari siri HW Racing, model yang pertama iaitu yang berwarna putih adalah dari tahun 2010 dan yang berwarna biru dan kelabu pula adalah keluaran tahun 2011. Jika diperhatikan, model yang ketiga (kelabu) mempunyai rekabentuk yang berbeza dari model pertama (putih) dan kedua (biru), walau pun mempunyai corak sticker pada body yang sama dengan model yang kedua. Model yang pertama dan kedua pula mempunyai rekabentuk yang sama tetapi berlainan pula corak stickernya. Model yang pertama dan kedua boleh dibuka (didongakkan) keseluruhan body sehingga menampakkan enjin sedangkan model yang ketiga tidak boleh dilakukan sedemikian. Ahaaa....







































No comments: