Thursday, July 7, 2011

pensil bengkok...

Juga info dari bro Iaryylr, aku pun pi la cari kat beberapa 7-11. Ada yang ada dan ada yang tak ada, dan seperti biasa yang tak ada tu akan kata dah habis, walhal muka macam blur aje bila di tanya mengenai pensil yang boleh dibengkok. Tapi takpalah, aku teruskan usaha dan akhirnya jumpa juga. Kena beli dua kotak milo baru dapat souvenir pensil bengkok dan getah pemadam. Getah pemadam tu pula ada tiga design, iaitu bolasepak, bola takraw dan bola tampar. Dah kena beli enam kotak milo, tak tahulah kalau esok jumpa design pula.....















6 comments:

Iaryylr said...

Thanks Bro! memang rasa pelik hari tu bola tidak sama, tetapi tidak terfikir langsung sama tak serupa, alamak, nampaknya kena cari bola yang lain, mungkin bola keranjang pun ada juga kot?... , kena misi lagi bro!,,,

Spallan said...

sangat bijak geng milo ni. dibuatnya gambar bola yang berbeza-beza dan kita ni tertanya-tanya apakah bola lagi yang mungkn ada......bola hoki, bola golf, bola bowling, bola lisut....bola ragbi?

Iaryylr said...

itu yang pening nak kejar! he he he, tapi ayaq kotak dia kita boleh simpan lama. Nanti jalan-jalan boleh jadi bekal!

Spallan said...

yeahhh...boleh bawa pi picnic

fairus said...

HEHE.. SAYA ADA 4 SET (PENSIL, PEMADAM DAN BEKAS PENSIL) TAPI YANG PEMADAM SEMUA DAPT BOLA SEPAK.. BOLA TAKRAW TAKDE PLAK.. BARU PERASAN BOLA TAKRAW ADE..

Spallan said...

ahaaa fairus, macam-macam bola ada...