Satu produk Dutch Lady yang di promokan kepada aku oleh Cik Amoi di kedai hijaukuning. Pada mulanya aku ingat biasalah, ayaq cokelat mana-mana pun sama. Bila aku cuba, eh.... rasanya boleh tahan, boleh kata sebiji macam versinya yang dalam kotak tu. Tapi biasalah, kalau Cik Amoi yang bikin mestilah sedap ya tak, balik rumah buat sendiri belum tentu jadi.....hahaha. Macamana pun aku beli juga sepeket untuk dicuba, apa-apa hal Cik Amoi ada bagi bekas dengan sukatan untuk mendapat ayaq cokelat yang sempurna .....aku cuba dulu.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, September 11, 2012
...buat cicah ayaq milo (yang banyak tu)
Sedang aku berjalan kat kedai hijaukuning, ternampak aku akan beg ni disusun ala menggunung tingginya. Aku pun capai la satu, saja nak tengok apakabendanya. Ingatkan beg kosong, rupanya didalam beg penuh dengan bermacam-macam biskut macam kat bawah tu. Dan di celah-celah biskut tu ada pula sebutir mangkuk berlogo Lee Biscuits buatan Claytan. Hmmm... memandangkan lama juga aku tak menjalankan kerja-kerja kumpul souvenir ni, dan biskut kat rumah pun dah ala-ala nak pupus, maka inilah dia peluang terbaik untuk "menyelam sambil minum air". Jadi, aku pun beli set biskut ni dan dapat le souvenir beg dan juga mangkuk tu.....hehehe.
Monday, September 10, 2012
...di manakah dikau
Yang berjuntai...
Yang terselit...
Dan yang tegak berdiri...
Semua dah berjaya aku selamatkan.
Kecuali set pinggan ni. Yang ada design heart tu, sampai sekarang ni aku masih belum nampak lagi. Ada ka...?
Friday, September 7, 2012
...bersiap sedia je la
Berjalan-jalan di salah sebuah cawangan kedai peranchis, terserempak pula aku dengan ini...
Milo kesan daripada pembelian dapat souvenir mug hari tu masih lagi tersusun dalam almari, ini datang pula promosi Milo yang baru, dua kilo pula tu.....aduuuhhhh.
Nasib baiklah ada dua design sahaja, kalau keluar empat lima design mahu pengsan dibuatnya.....
Design #1
1950's Milo Through The Years
Design #2
2012 Milo Through the Years
Thursday, September 6, 2012
...buat tulis tulis
Buku nota Nescafé, souvenir yang aku dapat daripada adik ipar aku masa raya hari tu. Katanya, dapat free dengan pembelian senaskah majalah tempatan, ok le tu kata aku. Dua tiga hari lepas, dia beritahu pula ada satu lagi design nak bagi kat aku. Hahaha, rezeki, rezeki....tq tq tq.
Wednesday, September 5, 2012
Tuesday, September 4, 2012
...mari berjimat
Dua iklan berdiri aiskrim La Cremeria. Satu tu special sikit, ada logo 100 tahun Nestle... dan juga diskaun dua ringgit dan yang satu lagi tu biasa saja. Macamana pun, yang tinggal hanya iklan sahaja, aiskrimnya sudah clear.....
Monday, September 3, 2012
...apa pandang-pandang
Sekali pandang,
nampak biasa je tin ni.
Dua kali pandang...
Tiga kali pandang
....macam nak terlepas pandang pun ada.
Tapi bila perhati betul-betul.....
Haaa, baru perasan yang bahagian atas tin ni lain macam sikit, ada sikit terlebih pula.
Rupa-rupanya tin ni belum di-seal sepenuhnya. Bahagian penutupnya boleh dibuka seperti di bawah ni.
...susah juga nak jaga tin kosong nih, senang betul nak kemek.
Penutup dengan tabnya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)