Wednesday, September 12, 2012

...eh sama la

Satu produk Dutch Lady yang di promokan kepada aku oleh Cik Amoi di kedai hijaukuning. Pada mulanya aku ingat biasalah, ayaq cokelat mana-mana pun sama. Bila aku cuba, eh.... rasanya boleh tahan, boleh kata sebiji macam versinya yang dalam kotak tu. Tapi biasalah, kalau Cik Amoi yang bikin mestilah sedap ya tak, balik rumah buat sendiri belum tentu jadi.....hahaha. Macamana pun aku beli juga sepeket untuk dicuba, apa-apa hal Cik Amoi ada bagi bekas dengan sukatan untuk mendapat ayaq cokelat yang sempurna .....aku cuba dulu.






2 comments:

shootbirdhero said...

Biasa kat sampling, dia org mesti terlebih bubuh drpd yg disyorkan, mana tak sedap? Nak umpan kita beli...haha

iaryylr said...

best nie kalau kumpul kumpul jadi 1 set, hari itu iaryylr beli bekas plastik dutch lady baru kat kedai, bolehlah buat isi biskut :)