Monday, October 15, 2012

ingatkan frisbee...

Salam dan Selamat Sejahtera..... Lama juga aku tak bersiaran, lebih sedikit dari sebulan nampaknya. Minta maaflah ya sekiranya ada yang singgah namun takda apa yang baru dihidangkan. Tapi takpa, hari ini aku akan kembali bercerita dan memandangkan post aku yang terakhir adalah souvenir daripada Dutch Lady, maka baik juga kalau aku kembali berblogging dengan souvenir terbaru  daripada Dutch Lady dan inilah dia..... si Merah dan si Biru. Amendenya tu?



Ahaaa...seperti biasa, kalau hendakkan souvenir, mestilah ada pengerasnya. Kenalah aku beli sekilo susu segera Dutch Lady macam yang di bawah ini. Cik Amoi kata ini produk baru, bagus untuk tulang dan sesuai di minum oleh orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Yang tu semua aku boleh baca pada label cuma soalan aku pada Cik Amoi, kalau aku beli sekilo ni, aku dapat satu saja souvenir atau kedua-dua yang merah dan yang biru. Hahaha....itu yang lebih penting ka....?


Cik Amoi pun cakap, "encik beli ini pek encik dapat satu set, encik beli ini pek dua kilo dapat ini hadiah". Souvenir untuk belian dua kilo merupakan balang bekas cookies dengan chop Dutch Lady pada bahagian bawah. Kurang menarik pula balang tu, harga untuk dua kilo pun agak kurang menarik juga.... lebih empat puluh ringgit, hahaha. Maka aku pun memilih pek sekilo dan dapatlah souvenir sekotak macam yang kat bawah ni...



Dan inilah dia souvenir yang keluar dari kotak tu. Dua biji mangkuk-boleh-runtuh (collapsible bowl) yang berpenutup warna biru dan merah.


Nampak leper saja, tapi bila ditekan-tekan dalamnya terus kembung dan bertukar jadi seperti di bawah tu.... macam magic pula, hahaha.



3 comments:

Iaryylr said...

wah memang magic lah! hari tu ada promosi tapi tak ada pula bekas magis...

fairus said...

BOLEH TAHAN JUGA DUTCH LADY PUNYA FREE GIFT..

Spallan said...

iaryylr...yang ni baru bro, baru dapat ahad lepas

fairus...yeahhh, tak tahannn