Tuesday, October 16, 2012

terjenguk-jenguk.....

Bila aku nampak kotak bawah ni bersusun rapi kat kedai biru putih, aku agak teruja juga. Ya lah, produk Nestle tu...semestinya ada yang istimewa sempena sambutan perayaan seratus tahunnya ya tak...? 


Nak aku buka kotak untuk periksa mug di dalamnya, ber-seal la pula. Jadi terpaksalah aku belek dan check  dari luar saja...hahaha.


...pandangan dari atas


amaran...


...dan kandungan


Inilah dia bila dikeluarkan dari kotaknya...


Takda pula logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...promo biasa je kot.


Takda logo pun takpa lah. Aku angkat juga dua biji saja buat kenang-kenangan dan senang sikit bila nak bergambar untuk blog, sekali shoot terus dapat gambar depan belakang. 


Lagi pun, kalau dah ada "ku untuk mu" kena lah ada "mu untuk ku" pula ya tak....hahaha.

2 comments:

fairus said...

CANTIK DAN MENARIK..

Iaryylr said...

cantik tetapi belum nampak disini :)